in

Yang Kau Benci Sangat Azizan Osman Kenapa?

Azizan Osman

Aku tak perlukan pihak UM keluarkan kenyataan rasmi untuk tahu Azizan Osman tak memiliki PHD dan aku yakin ramai juga begitu.

Beliau, seperti mana ramai lagi orang kita (ahli politik, ahli perniagaan, ahli akademik) mungkin ada sebab tersendiri untuk memukul canang gelaran yang tidak dimiliki.

Ada yang lakukan kerana ego peribadi, memajukan bisnes atau mungkin mahu diiktiraf masyarakat.

Apa yang mereka lakukan memang salah, lebih-lebih lagi bagi kita yang memiliki kompas moral yang berbeza.

Tetapi perlukah kita menjadi terlalu beremosi sehingga mengutuk, mencaci dan mengeji mereka semua ini seolah-olah mereka tidak pernah berjasa?

Aku tengok sampai ada yang gelar beliau sebagai Melayu Yahudi. Kenapa teruk sekali?

Azizan Osman beri kelas percuma. Dalam ribuan yang datang ke kelasnya, ada sebilangan peserta yang menyertai kelas berbayarnya. Dan dari situ, ada juga beberapa peserta yang telah berjaya hasil pengajaran beliau.

Kau jangan terkejut kalau tengok yang berjaya ini bisnesnya bernilai jutaan ringgit.

Hal ini, tiada siapa yang dapat nafikan termasuklah aku yang terus terang cakap tidak pernah gemar cara beliau. (Siap jadikan gaya 😎 beliau untuk buat lawak lagi di kalangan rakan-rakan)

Jadi, bagaimana kita nak adili seorang insan yang menipu kelayakan akademiknya tetapi telah melatih sekumpulan usahawan sehingga berjaya?

Jawapannya- kita tidak boleh.

Robert T Kiyosaki yang terkenal dengan buku ‘Rich Dad, Poor Dad’ juga mengaku kisah yang ditulis dalam buku tersebut ada ditokok tambah elemen fiksyen.

Walhal, buku tersebut terjual sehingga berjuta naskah dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Pembaca yang membaca buku beliau sampai ada yang mengubah karier hidup 360.

Aku juga masa baca buku Kiyosaki sewaktu di universiti dulu punyalah terinspirasi sampaikan nak tamatkan pelajaran cepat dan terus mula melabur.

Aku yakin ramai lagi yang menerima manfaat daripada buku ‘rupa-rupanya fiksyen’ tersebut.

So, how?

Kes Robert Kiyosaki ini bagaimana nak kira? Tak boleh juga, kan?

Kalau karakter-karakter seperti Azizan Osman dan seumpanya ini menggunakan gelaran palsu untuk menipu semua orang melalui perniagaan tidak betul seperti skim MLM, pelaburan emas, alfafa dan forex, memang wajar mereka dihukum.

Yang itu, niat ajak berniaga pun sudah fikir nak menipu dan menyusahkan orang ramai serta pihak berkuasa.

Tetapi dalam hal ini, ia berbeza. Aku rasa Azizan Osman gunakan gelaran palsu supaya orang fokus pada benda yang dia nak ajar, bukannya pada orang yang mengajar. (Ini aku punya tekaan dan aku memang rasa salah dia buat begitu.)

Jadi, dalam kita mendidik masyarakat supaya lebih jujur dan berintegriti tanpa perlukan kelayakan palsu, kita janganlah ‘terlebih rencah’ seolah-olah orang tersebut tidak berjasa.

Ada hadnya.

Orang kita,

Kalau dah suka, orang itu dipuji macam tak berdosa.

Kalau dah benci, orang itu dikeji macam tak pernah berjasa.

 

Radzi Tajuddin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

4 Comments

Leave a Reply
  1. Yahudi pun dah banyak membantu dalam segi urusan perhubungan lebih jitu untuk manusia jadi lebih berjaya dan kaya, mereka telah di keji dan dihina hampir setiap hari,

    Dan depa masih rilek dan teruskan mencipta lagi dan lagi..

    #belikeyahudi

  2. Bodo la kau dah kena kencing pun mau support. Tu baru satu kantoi, tah banyak mana lagi dia sorok taktau. #supportDOA from university of snake oil

    • X perlulah nak kata org bodoh. Masing2 dgn pendapat masing2. Tak leh ke klu nak komen tu x yah nak maki hamun org. Sikit2 nak kutuk. Dalam pendapat masing2 ada betul ada tak. Jd openlah sikit. Islam ajar kita berakhlak kan…islam ke ni?

Leave a Reply

Bila Hater Proton Puji Proton Saga Baru

Filem-Filem Awal Aziz M. Osman. (Bukan Azizan Osman Tau)