in

“Walau Ayah Saya Buta Mata Sebelah, Tapi Dia Parking Kereta Lagi Terror Dari Saya.”

1622487_972350899453097_3112138588809815436_o

Hero OKU aku ialah ayah aku sendiri. Tahun 2000, naik bas ekspres dari JB ke KL, mata kena tetak dengan orang gila mengamuk pakai pisau empat segi pemotong daging tu. Gempar kes ni masuk newspaper sebab ramai penumpang bas kena tetak kat tangan, muka, telinga. Mata kiri buta terus, mata kanan 40% functioning, boleh nampak bayang je lah. Sebab nak selamatkan mata tu, semua harta kami gadai. Berubat sampai ke Saudi. Shock jugak aku bila dulu duduk rumah besar, tiba-tiba kena pindah flat busuk tahi kucing merata-rata sebab kami tak mampu nak sewa lebih dari tu.

Lepas kejadian tu, berpusu-pusu lawyer datang rumah, offer service diorang, katanya boleh menang kes ni. Siap offer free service. Kemudian ayah berhenti kerja, ibu mula pergi universiti belajar part time untuk dapatkan kelulusan untuk kerja. Ayah bangkit buat bisnes, kena tipu sana sini. Sign je lah dokumen apa orang celik hulur. Nak baca tapi dah tak nampak. Saman syarikat bas, saman Kementerian Kesihatan, kes tu tak ke mana pun sebab takde orang minat nak fight lagi lepas beberapa tahun. Lawyer lesap. Aku yang teman ayah pergi mahkamah ni rasa geram, sedih. Ibu kerja di tadika, ayah perlahan-lahan bina company sendiri, travel-based company. Dapatlah untung sikit atas job kecik-kecik orang bagi.

Orang ada kekurangan ni, kelebihan dia kat tempat lain. Ayah parking kereta lagi terer dari aku, even reverse parking (sampai sekarang). Kalau dia masak, potong cili/bawang, halus; cantik. Aku tak reti buat macam tu. Dia boleh cam orang daripada suara je.

Fast forward the story, Tuhan bantu ayah bina semula hidup. Alhamdulillah lebih baik daripada dulu. Dulu kat US aku tak cukup duit pun dia mampu hantar berbelas ribu duit belanja. Sekarang ada 5 buah bas catar/persiaran & travel agency sendiri. Member dulu lari, sekarang acah nak berbaik sebab dah mampu. Ibu lah yang paling kuat sebab bertahan dengan ayah.

Bila ada pengalaman macam ni, aku tak mudah nak mengalah dalam kesusahan dan aku belajar nilai duit tu besar mana, nilai persahabatan tu rapuh mana, togetherness dalam keluarga, and the most important thing ever: kebergantungan pada Yang Maha Esa.

Shafiqa Fitri

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Teruja Nak Jual-Beli Rumah? Baca Ini Dahulu Sebelum Bertindak

Jangan Malu Baca Artikel Ini Jika Mahukan Anak.