in

Teruja Nak Jual-Beli Rumah? Baca Ini Dahulu Sebelum Bertindak

14409458_10154177154694177_8879608752633298372_o

Salah satu soalan yang kerap ditanya kepada aku adalah tempoh masa transaksi hartanah. Yang bertanya soalan ini selalunya menjual rumah nak cepat dapat duit dan yang membeli nak cepat dapat kunci rumah barunya.

Aku cuba jawab daripada sudut seorang peguam dan bukan daripada sudut pelabur atau seorang yang mengendalikan penjualan rumah seperti ejen hartanah atau pemaju perumahan. Tidak terdapat jawapan mudah untuk soalan ini kerana ia bergantung kepada beberapa faktor :-

1) Kau beli rumah tu daripada siapa?

Sekiranya jawapan kau adalah daripada pemaju perumahan, jawapannya ada di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), 1966. Dalam Akta ini, telah lama diputuskan dahulu apabila ia dikuatkuasakan, pemaju perumahan mempunyai 2 tahun untuk menyiapkan rumah bertanah dan 3 tahun untuk menyiapkan rumah strata).

Sekiranya engkau membeli rumah atas tangan orang, transaksi akan lebih rumit dan ambil masa di antara 3 bulan ke satu tahun. Ia akan menjadi lebih rumit sekiranya transaksi itu melibatkan rumah lelong.

2) Adakah engkau membeli rumah itu dengan tunai atau menggunakan pinjaman perumahan?

Apabila engkau membeli daripada pemaju, engkau perlu bayar mengikut peringkat mana rumah itu terbina. Jika engkau beli dengan tunai, engkau boleh membuat anggaran masa dan jumlah yang engkau perlu bayar mengikut jadual pembinaan rumah tersebut di belakang Perjanjian Jual Beli.

Kalau engkau mengambil pinjaman perumahan, apa yang engkau perlu risau adalah bila jumlah yang engkau pinjam perlu dibayar semula. Bank akan membayar pemaju apabila dia mendapat bil yang dikeluarkan oleh pemaju dan masa tu kau mula kena bayar semula.

3) Apakah jenis rumah yang dibeli?

Walaupun ramai percaya semua rumah adalah sama, ia adalah sesuatu yang jarang berlaku walaupun rumah itu berada di satu tempat dan berbentuk serupa. Rumah bertanah dengan geran mempunyai perbezaan dengan rumah bertanah belum mempunyai geran. Rumah strata dengan geran adalah berbeza dengan rumah bertanah dengan geran. Rumah dengan geran, dengan sekatan kepentingan untuk mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri, adalah berbeza dengan rumah dengan geran yang tak memerlukan kebenaran pihak berkuasa negeri. Setiap jenis mempunyai karakter yang berbeza.

Undang-undang mengawal bagaimana setiap jenis rumah dipindah milik daripada satu pihak ke pihak yang lain. Sebagai pembeli rumah, engkau hanya akan nampak rumah itu setingkat atau dua tingkat, ada berapa bilik dan bilik air, luas dalam dan luas tanahnya. Sebagai seorang peguam yang menjalankan transaksi jual beli, apa yang aku pandang adalah proses untuk mendaftarkan nama pembeli ke atas geran rumah yang dahulunya mempunyai nama penjual.

4) Di manakah rumah engkau dalam Malaysia?

Di Malaysia, oleh kerana setiap negeri mentadbir undang-undang tanah mereka sendiri, ia menyebabkan perbezaan sekiranya rumah kau terletak di Selangor atau Kelantan. Sekiranya rumah engkau mempunyai sekatan di mana engkau perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan negeri apabila engkau membeli dan ingin menukar, ia akan mengambil tempoh yang berbeza daripada satu negeri ke negeri yang lain.

Malahan ini boleh berlaku antara satu pejabat tanah dengan pejabat tanah yang lain di dalam negeri yang sama. Satu masa dahulu, di Selangor setiap pejabat tanah mempunyai borang permohonan yang berbeza untuk perkara yang sama kerana tidak semua borang permohonan dicetak di satu tempat yang sama.

5) Siapakah peguam yang mengendali kes engkau?

Pemilihan peguam juga adalah penting. Seperti yang aku sering lakukan, aku menasihat mereka yang berurusan dengan peguam untuk membuat pemeriksaan dengan laman web Majlis Peguam yang sentiasa dikemaskini. Peguam yang kena gantung atau kena buang semalam pun akan dikemaskini dengan cepat.

Namun, oleh kerana perkhidmatan yang diberi setiap peguam atau firma guaman adalah subjektif, engkau hanya boleh harap yang peguam yang dicadangkan oleh pemaju perumahan atau sepupu engkau yang baru membuka firma guamannya boleh memberikan perkhidmatan guaman yang baik.

Terutama apabila engkau membeli rumah di pasaran kedua atau daripada lelongan. Aku cadangkan kau interbiu dulu peguam yang kau nak lantik uruskan transaksi jual beli rumah kau sebelum kau lantik dia. Susah sangat, kau suruh dia terangkan satu persatu apa yang akan dilakukan untuk menjalankan transaksi jual beli untuk kau. Kalau itu dia tak dapat jawab, aku rasa kau patut cari peguam lain.

Ini adalah garis panduan saja tetapi berdasarkan pengalaman aku sebagai peguam selama 17 tahun, ini semua benar.

 

Khairul Anuar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tiada Sesiapa Di Denmark Yang Pedulitaik Dengan Pelancaran iPhone 7

“Walau Ayah Saya Buta Mata Sebelah, Tapi Dia Parking Kereta Lagi Terror Dari Saya.”