in ,

Tandas Dan Taharah Di Negara Dunia Ketiga

Sebenarnya saya malas menulis bab berkenaan toilet ini secara terperinci tetapi untuk mereka yang baru belajar kembara, ilmu menggunakan toilet di negara third world countries adalah satu skil yang perlu dipelajari.

Pengalaman pertama saya menggunakan toilet ‘hole in the ground’ adalah semasa menunaikan ibadah Haji pada tahun 1983.

Di Arafah jemaah Haji hanya perlu berhenti sementara selama satu hari sahaja dan ini menyebabkan Pak Sheikh Arab tidak membina toilet yang elok kerana penggunaan nya hanya sehari dalam setahun.

Pada zaman tersebut mereka hanya menyediakan lubang dan merentang sekeping papan untuk squatting. Toilet dihadang dengan kain canvas sahaja dan ‘patron’ perlu membawa air baldi sendiri kedalam. Mau tak mau saya terpaksa menggunakan nya juga walaupun beberapa kali terasa mual dan loya. Lagi menyulitkan keadaan apabila masuk tandas dengan kain ihram. Ianya memang betul betul cubaan ibadah Haji. Tak boleh imagin kalau sesiapa terjatuh kedalam lubang najis tersebut.

Semasa saya berkembara kenegara Stan (Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan) pada tahun lepas, kesemua tandas mereka diluar bandar adalah berjenis ‘hole in the ground’.

Walaupun dipinggir bandar atau distesen minyak mereka masih menggunakan toilet sedemikian dan memang tidak ada hati untuk menggunakannya unless terpaksa.

Di Son Kul, Kyrgyztan pemandangan alam semulajadi memang cantik tetapi malangnya mereka masih menggunakan toilet zaman primitif ini.

Kebiasaan saya cuba mengurangkan pemakanan untuk mengelak kekerapan pergi ke tandas tetapi di Son-Kul saya terpaksa menggunakannya pada jam 1 pagi kerana emergency.

Terpaksa lah saya berjalan menggunakan selipar jepun, menderap diatas snow dengan membawa beberapa botol air dingin untuk istinja. It was the longest 30 minutes of my life terpaksa berinstinja menggunakan snow kerana kehabisan air dalam cuaca minus 5’C. (Gambar pertama dibawah adalah toilet bewarna biru di Son Kul, Kyrgyzstan itu). Saya gelar ianya ‘toilet with a view’ kerana pemandangan cantik raw beauty Tian Shan mountains semasa mencangkung.

Toilet di Son Kul Kyrgyzstan dimana saya terpaksa berjalan 500 m dari khemah yurt jam 1 pagi diatas snow berselipar jepun.

Di Tajikistan saya mencari belakang pokok jauh dari perkampungan untuk melepaskan hajat kerana tak larat menggunakan toilet mereka yang tersangat kotor.

Di Uzbekistan, saya berhenti di masjid untuk menggunakan tandas mereka tetapi kesemuanya jenis hole in the ground juga.

Fulamak, memang tak larat mata memandang apabila terjeling kebawah dengan pemandangan indah.

Hanya di Iran saya perhatikan mereka menjaga kebersihan tandas dengan menggunakan flush toilet. Orang Iran walaupun bermazhab Syiah menjaga taharah dan kebersihan mereka lebih dari orang mazhab ASWJ di negara Stan.

Semasa saya dipendalaman Lofoten Norway, mereka juga menggunakan sistem hole in the ground tetapi ianya mempunyai sistem pam angin, tidak berbau dan tidak nampak apa yang didalamnya.

Di negara South America adalah seperti di Iran, semuanya aman dan bersih dengan penggunaan flush toilet.

Di China dan India saya tidak perlu menceritakan dengan lebih lanjut kerana ianya membuatkan saya mual.

Penduduk dinegara ini sebenarnya tidak mengambil berat bahagian taharah dan kebersihan kerana keutamaan mereka adalah survival dalam kehidupan sahaja. Bab taharah dan kebersihan diri adalah jauh kebawah dalam list kepentingan dalam kehidupan harian mereka.

Ada travel buddy saya boleh bertaharah dengan segelas air atau sekeping dua kertas tisu sahaja. Skill istinja’ mereka adalah tahap maqam teramat tinggi.

Semasa saya bertugas di UIAM menguruskan projek pembangunan, saya rekabentuk sistem pembersihan tandas secara ‘self cleaning’. Setiap cubicle tandas mempunyai dua trap, dengan kecerunan tile yang lebih dari biasa. Saya pastikan bidet tergantung tidak berselerak seperti tandas awas biasa dengan sistem aliran air kotoran yang efisen. Ex student UIAM mesti faham apa yang saya ceritakan ini kerana saya sangat sensitif bab taharah.

Apa yang perlu dibuat jika anda jenis seorang pengeli yang cepat mual dan loya seperti saya?

1. Kurangkan makan dan guna tandas sekali sehari sahaja jika perlu.

2. Kurangkan makanan buah2an fresh semasa traveling dikawasan pendalaman. Lebihkan makanan buah2an kering seperti buah tin dan aprikot kering kerana ianya boleh mengurangkan kekerapan call of nature.

3. Siapkan botol bidet portable yang tidak perlu menggunakan banyak air.

4. Bawa banyak wet tissue dan hand sanitizer.

5. Bawa minyak angin, lumurkan dihidung dan pantang pandang kebawah.

6. Cepat masuk, selesaikan bisnes dan keluar secepat kilat seperti superhero DC Comics, The Flash. Jangan main handphone dalam tandas.

7. Bawa payung kecil sebagai penghadang untuk traveller perempuan jika perlu melepaskan hajat in the open.

* enjoy gambar gambar toilet di negara Stan dibawah ini.

Ni lagi teruk dari tandas P Ramlee.

Bandingkan toilet di bangunan ikonik THE SHAD London.

Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Hj.Omar 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kau Perlu Tonton Filem KL Special Force Yang Maha Dashsyat Ini!

KADS1M: Ini Adalah Hak Industri Buku!