in ,

Takkan Jatuh Miskin Kau Dengan Memberi

Bila kucing mengiau minta makanan, kau bagi dia sisa makanan kau. Dia pun makanlah duduk bawah meja. Dia minta lagi.

Kita pun beri lagi mana tulang yang ada. Masuk kali ke-3, kau pun marah. Siap tolak guna kaki. Bengang.

Padahal kau tahu, kalau nak memberi, berilah yang terbaik. Bukan main bila nak kasi hadiah pada tetamu, pada orang-orang yang kita senang; beri yang bagus-bagus.

Sedang kucing itu, entah-entah Tuhan sengaja hantar. Nak tengok kau betul-betul memberi atau tidak.

Akan jatuh bengkrapkah kita, kalau kita bangun, beli seekor ikan baru, lalu kita berikan pada kucing itu?

Akan kebulurkah kita jika kita beri kucing tersebut, seketul ayam yang kita sedang makan?

Memberi, bukan sahaja kepada manusia. Memberi kepada apa jua yang meminta. Semua.

Kerana memberi adalah lebih baik dari menerima.

Janji Tuhan, lebih banyak kau memberi, lagi banyak Tuhan berbagi rezeki.

Janji Tuhan lagi, takkan jatuh miskin kau, dengan memberi.

Genggam erat pesan abang ini.

Mutalib Uthman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Logo Taboo Di Jerman

Daulat Tuanku!