in ,

Stephen Hawking Meninggal Dunia Pagi Ini di Usia 76 Tahun

Pakar fizik terkenal Britain, Profesor Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 76 tahun. Keluarganya mengeluarkan kenyataan pada awal pagi hari ini, Rabu mengesahkan kematiannya di rumahnya di Cambridge.

Anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim berkata dalam satu kenyataan: “Kami sangat sedih ayah kami yang tercinta meninggal dunia hari ini.

Hawking merupakan ahli ilmuan berjaya yang mengalami kehilangan upaya yang teruk, akibat sklerosis lateral amiotrofik (ALS) yang merupakan sejenis penyakit neuron motor pada usia muda.

Beliau pernah berkata, “Saya telah hidup dengan prospek kematian awal selama 49 tahun yang lalu. Saya tidak takut mati, tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk mati. Saya mempunyai banyak perkara yang saya mahu lakukan terlebih dahulu,” katanya.

Kata-kata beliau sudahpun tercapai.

Semoga Stephen Hawking berehat dengan tenang.

APEMAZING

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Cara Pixar Sematkan Kasih Sayang Dihati Penonton Mereka

Pusat Konvensyen Dan Hotel Movenpick Kemudahan Baharu Untuk Jemaah Haji Tahun Ini