in

Siapa Pegang Teknologi Dan Sains, Merekalah Bakal Kuasai Dunia

Aku selalu terbaca dan dengar rakyat-rakyat malaysia mengeluh “kita kekurangan pemimpin hebat, kita kekurangan tenaga pakar” terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Jadi aku nak share pengalaman aku mengikuti kempen yang dilakukan oleh negara jiran sebelah kita ni. Rezeki aku dapat berjumpa dengan ikon sains Indonesia ni, DRs. IR. Poerwanto dan Prof. Yohanes Surya. Dikatakan mereka ini yang mengajar saintis Malaysia apa benda Nuclear.

Mereka sudah melihat pada masa hadapan mereka akan kekurangan ahli sains dan pemimpin yang faham kegunaan sains. Mereka percaya pada masa hadapan siapa pegang teknologi dan sains merekalah bakal kuasai dunia. Untuk memastikan pada masa hadapan menjadikan negara mereka ini mampu melawan kuasa dunia dan sekaligus memperhebatkan sistem pembelajaran, mereka mencipta kejohanan Olimpiade Sains.

Kejohanan atau kempen Olimpiade Sains 2013, mencari pelajar muda yang terbaik dan terhebat berumur dari 9 tahun seluruh Indonesia. Cara pemilihan aku tak pasti macam mana mereka buat, tapi yang aku dengar pastinya mereka semak keputusan peperiksaan mereka dan lepas tu ada ujian lagi untuk memasuki program khas ini. Kira mencari the best of the best student lah ni.

Cara program hampir sama macam kempen-kempen pelajaran yang lain. Cuma cara kempen ini yang bermain dengan emosi psikologi dan propanganda yang menarik minat aku. Kesemua tenaga pengajar yang terlibat dalam kempen ini aku rasa mereka adalah pakar psikologi.

Apa sahaja perkara yang disuruh dilakukan oleh pelajar-pelajar ini pastinya menyentuh hati yang bermain dengan emosi, penuh propaganda tetapi propaganda yang membuat mereka berfikir sendiri menjadi hardcore survivor mengubah diri untuk menjadi orang hebat pada masa hadapan, propaganda yang membakar semangat berkerja lebih keras melawan dan bersaing dengan orang lain supaya jadi lebih berjaya.

Ada satu bahagian dalam kempen ini yang aku cukup kurang faham pada mulanya, diminta ibubapa dan pelajar menulis doa masing-masing. Sambil menulis sambil membaca doa itu kuat-kuat, kemudian masukkan doa yang ditulis dalam tanglung. Nyalakan api dan terbangkan tanglung itu.

Dimasa sedang menerbangkan tanglung itu, disuruh lagi pelajar ucap doa itu kepada ibubapa dan ibubapa ucap juga doa mereka kepada pelajar, dah apabenda dahnya disuruh baca lagi? Macam syirik pun ada hantar doa naik ke atas, lawak pun ada. Tak berpuas hati, aku tanyalah kepada Bapak Gelar Soetopo, salah seorang pegawai dalam program ini.

Jawapan dia, ini psikologi kerohanian. Tulis impian apa yang kita nak jadi dan bagitahu pada ibubapa, ibubapa juga beritahu impian mereka apa yang diharapkan kepada anak mereka. Pada masa hadapan jika pelajar itu malas belajar dan mudah mengalah ketika gagal, ibubapa boleh ingatkan pada pelajar “Doa kamu tuhan sudah dengar dan baca bukan, hanya menanti masa yang tepat untuk berikan kejayaan”.

Atau pelajar itu sendiri akan berfikir, “ibubapa doakan aku untuk menjadi ahli saintis yang berjaya, tuhan sudah mendengar doa aku. Aku belum berusaha kuat lagi ini”. Ini salah satu bayangan yang diberikan oleh Bapak Gelar pada aku, psikologi kerohanian yang mereka wujudkan ini ditanam dalam hati mereka.

Tolak tepi unsur syirik, syiah, wahabi, dan sesat ni, ini adalah cara memotivasikan pelajar-pelajar ini untuk menjadi survivor.

Selain Doa dan Tanglung, ada satu lagi permainan psikologi yang digunakan mereka. Kali ini menggunakan lagu band Nidji bertajuk LASKAR PELANGI. Permainan fasilitator majlis memang power, masuk-masuk terus ajak semua bangun menyanyi lagu tu. Aku pun menyanyilah sama. Lagu Nidji kot, 3 album dia semua aku hafal.

Dimasa semua tengah sedap menyanyi, fasilitator terus bertanya beberapa pelajar hadapan dia. Ditanya kepada pelajar, apakah masalah dan cabaran yang awak hadapi? Seperti sudah tahu apa jawapan yang dia akan dapat dari pelajar. Ada pelajar menjawab tinggal di rumah setinggan, ada yang makan tak cukup, pakaian koyak, sekolah jauh.

Kemudian fasilitator memberi bayangan dari lagu dan buku Laskar Pelangi itu, kehidupan di Pulau Belitung yang jauh dari dunia moden, cabaran teknologi yang mundur jauh beza yang teramat dari negeri lain. Cabaran untuk dapatkan pendidikan terhalang kerana sekolah bakal ditutup kekurangan pelajar dek disebabkan ibu bapa tidak mampu membayar kos pendidikan; pendidikan hanya untuk orang kaya.

Cabaran perjalanan ke sekolah 40 km berbasikal, banjir dan ancaman binatang liar juga menjadi penghalang. Penerangan ini amat berkesan kepada pelajar dan ibu bapa yang mendengar, kerana pada tahun itu filem Laskar Pelangi masih popular dan menjadi kebanggaan di Indonesia. Gosip kuat juga mengatakan buku itu berdasarkan kisah benar kehidupan penulis semasa kanak-kanak.

Dari awal program hingga akhiri program ini, masih lagi fasilitator-fasilitator kempen ini bercakap. Bersahabatlah dengan rakan-rakan disini terutamanya sebelah kamu. Mereka itu bakal orang berjaya, fuhh awal-awal lagi dah ajar wujudkan contact. Isu perkauman dalam ni lagilah tidak wujud,mereka ni semua bawa satu jatidiri – 1 Rumpun, 1 Bahasa, 1 Indonesia.

Program ini tak salah aku bukan la program dari kerajaan, ianya program yang dilakukan oleh syarikat penerbitan buku dan dibantu oleh beberapa syarikat yang memerlukan kepakaran teknologi. Apa sahaja yang dilakukan promosi, teks ucapan, poster, banner, bahan bacaan tiada logo atau tagline branding syarikat.

Semuanya semata demi negara, membangunlah Indonesia, Saintis Untuk Indonesia, Teknologi Untuk Indonesia. Semangat nasionalisme yang amat tinggi tanpa mempertikai apa yang negara lakukan untuk mereka. sebaliknya apa yang mereka boleh lakukan untuk negara.

Aku balik dan bertanya diri sendiri, apa pula masa depan negara kita nanti? Cukupkah sahaja hanya belajar di sekolah dapat mencipta pakar ekonomi, pakai sains dan pakar bahasa dimasa hadapan?

Kita ada tak program seperti ini yang boleh memberi impak dalam pendidikan sedangkan negara jiran yang kita tuduh mundur ini sudah ada program yang jauh kedepan

Izzat Amir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tips Mencapai Azam Untuk Kau Yang Jenis Hangat-Hangat Tahi Ayam

Bagaimana Nak Gunakan Lif?