in

Semangat Memali, Serentak Hari Ini Dengan Bersih 5.0

Hari ni mesti semua sibuk pasai Bersih kan? Kalau hang nak tau, tarikh hari ni pernah terjadinya satu tragedi yang meragut ramai nyawa.

Ia di namakan sebagai Memali. Ini fakta tentang Peristiwa Memali yang perlu hang tahu.

1) Peristiwa ni berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Sebab tu nama tragedi ini ialah Peristiwa Memali.

2) Pertempuran diantara orang kampung yang diketuai Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ustaz Ibrahim Libya dengan pihak polis disebabkan salah faham yang mana Ustaz Ibrahim dikatakan sebagai pemberontak sedangkan ianya tidak.

3) Insiden ini mengorbanan 14 orang termasuk Ustaz Ibrahim Libya. Berpuluh orang cedera dan beratus orang ditahan.

4) Operasi ni pihak polis namakan sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

5) Ustaz Ibrahim telah dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat islam.

6) Majlis Agama Islam Kedah mengatakan yang Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama biasa tetapi telah disanggah oleh Tan Sri Musa Hitam.

7) Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit.

8) Ibrahim Libya ni lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajian di India dan Libya. Pernah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

9) Sering menyampaikan ceramah terutama dikawasan kampungnya. Melalui ceramahnya, dia dituduh membawa ajaran yang memecahkan umat islam.

Peristiwa ni antara peristiwa hitam juga pada sejarah negara kita selain dari Peristiwa 16 Mei dan Peristiwa Lahad Datu.

Boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. Sejarah yang mewarnai negara kita sama ada ia bagus atau tidak, ia tetap menjadi fakta besar dalam pembinaan sesebuah negara.

Ada sahaja kisah yang melibatkan tragedi yang sehingga kini menjadi bualan. Bayangkan yang terlibat waktu itu sudah punya anak kecil, dan kini pastinya hidup dengan kisah ini sampai bila-bila.

Semoga Al-Marhum semua yang terlibat dalam peristiwa Memali ini disantuni Tuhan.

Amin.

 

Mustaqim Mustapa

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Resepi Nasi Kabsah Yang Kau Suka Sangat

Bolehkah Pembangkang Menang PRU Lepas Bersih 5?