in ,

Sejarah Ringkas Onani

1) Hampir semua orang pernah, sedang atau akan melakukan onani.

2) Di dalam Judeo-kristian, tabiat yang dikira memalukan ini diambil daripada kisah Onan. Onan yang mengahwini kakak iparnya yang janda ketika itu membazirkan benihnya ke tanah berbanding melalui persetubuhan. Onani mendapat nama dari situ – suatu terma popular untuk masturbasi.

3) Perihal tentang onani menuntut kajian tentang sejarah, psikologi, seksualiti, sains dan seni. Arca tanah liat pada kepulauan Malta merupakan gambaran terawal tentang onani.

4) Tamadun Sumeria menjadikan onani sebagai teknik popular untuk meningkatkan kesuburan. Teknik popular ini dilakukan berseorangan atau dengan pasangan masing-masing.

5) Tamadun Mesir Purba menceritakan tentang tuhan Atum yang dipercayai mencipta alam semesta melalui ejakulasi dari teknik onani.

6) Tamadun Yunani Purba juga menganggap ia sebuah teknik sihat, dan merupakan salah satu daripada teknik seksual.

7) Pada kurun ke-18, onani dianggap merbahaya. Ahli teologi belanda, Dr Bekker mengatakan bahawa ia adalah pencemaran peribadi dan dosa besar, serta mengundang pelbagai penyakit.

8) Robert James pada tahun 1745 mengatakan onani adalah masalah disorder yang tidak boleh diselesaikan.

9) Pada kurun ke 17, menurut undang undang di New Haven, Connecticut, golongan yang melakukan onani boleh dikenakan hukuman mati.

10) Pada tahun 1838, Jean Esquirol di dalam des maladies mentales mengatakan bahawa onani adalah punca kepada kegilaan.

11) Dr John Harvey Kellogg (yes, as in Kellogg cornflakes) mengatakan bahawa onani mendatangkan banyak penyakit termasuklah kegilaan, rabun, kanser dan lain-lain. Dia juga menyuruh ibu bapa supaya memerhatikan jururawat dan penjaga yang dikira tidak beretika (ketika itu onani digunakan untuk membuatkan kanak-kanak yang degil atau bising menjadi pasif, diam atau tidur – as in kalau kau degil, aku lancapkan kau. Baik kau diam!).

12) Untuk itu, Dr Kellogg mencipta panduan dan rawatan untuk mengelakkan onani – ikat tangan, jahit kulup, sunat tanpa bius. Dia berpendapat makanan berdaging menggalakkan rangsangan untuk beronani. Lalu dia mencipa Kellogg Cornflakes (betul ni, aku tak tipu) – emping jagung sebagai gizi harian.

13) Terdapat pelbagai cara ketika itu digunakan untuk mengelakkan aktiviti onani – seluar tanpa bukaan depan dan kanak-kanak perempuan dilarang menunggang kuda.

14) Freud mengatakan onani itu ketagihan. Ketika itu, 1905, teknik onani digunakan untuk merawat wanita histeria – melibatkan penggunaan vibrator dan krim yang sesuai.

15) G. G. Giles mengatakan bahawa onani mengurangkan risiko kanser prostat.

16) Onani juga tidak melibatkan perpindahan jangkitan kelamin dan kehamilan.

17) Onani masih lagi menjadi taboo di kebanyakan masyarakat dunia. Ia diperbincang menurut perspektif agama dan sosial masing-masing.

18) George Carlin once said “If God had intended us not to masturbate, He would have made our arms shorter”.

19) Hmm… No wonder T-Rex looks angry all the time!

Fahmi Mustaffa

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bayangkan Jika Colonel Sanders Berjaya Bunuh Diri

Sampai Bila Lee Chong Wei?