in ,

Scammer Bajingan Muncul Lagi

Fortumo Scam.

Fortumo adalah sebuah syarikat perkhidmatan pembayaran mobil antarabangsa yang menggunakan web www.fortumo.com untuk beroperasi. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih untuk web, aplikasi mobil, apps stores dan juga pelbagai jenis perkhidmatan digital. Ini amat memudahkan urusan pembayaran secara atas talian.

Para scammer yang bijaksana pula memanipulasi sistem ini dengan melakukan penipuan “direct carrier billing”.

Apa itu “direct carrier billing”?

“Direct carrier billing” adalah suatu kaedah melakukan pembayaran secara terus dengan cara memotong nilai bayaran daripada akaun telefon pengguna. Juga dikenali dengan nama “direct operator billing” dan “mobile content billing”. Kaedah ini sudah lama diamalkan oleh pelbagai syarikat. Sebagai contoh, pembayaran terus setiap bulan untuk servis internet anda tanpa perlu gigih ke kiosk

Modus operandi.

Cara mudah scammer ini mencari mangsa adalah melalui medsos. Facebook, Instagram dan sewaktu dengannya. Mereka akan menyamar sebagai orang yang dikenali oleh anda dengan cara duplikasi akaun.

Kemudian, mereka akan dapatkan nombor telefon anda yang digunakan untuk direct billing. Pelbagai alasan dan penipuan akan diberi kepada anda. Setelah mendapat nombor telefon itu, mereka akan meminta anda untuk memberikan kod 4 digit untuk tujuan bayaran. Gabungan nombor telefon dan kod 4 digit itulah yang akan menyebabkan akaun bil anda dicas atas perbuatan penipu ini. Servis Fortumo membolehkan anda dicas atas akaun sendiri tanpa perlu melalui servis TAC (Transaction Authoristion Code). Bayangkan betapa mudahnya penipuan ini berlaku.

Secara mudahnya, andalah yang membayar apa sahaja yang dibeli oleh mereka.

Dan mereka dengan mudah mendapat maklumat penting ini dengan cara memanipulasi anda.

1. Scammer menyamar sebagai kenalan anda.

2. Kemudian meminta nombor telefon dengan alasan kehilangan nombor anda.

3. Seterusnya meminta kod 4 digit dengan alasan untuk mendapatkan semula akaun FB/telefonnya yang hilang.

4. Setelah mendapat nombor 4 digit itu, mereka akan terus block anda.

5. Anda hanya akan menyedari hal itu pada penghujung hari apabila bil dipotong daripada akaun bank anda.

Cara pencegahan.

1. Jika anda pengguna media sosial, jangan add/tambah kenalan yang tidak dikenali atau diragui statusnya. Kemungkinan besar akaun duplikasi digunakan oleh scammer untuk memerangkap anda.

2. Kurangkan maklumat peribadi yang sensitif di media sosial. No telefon, alamat rumah, no. akaun, no kad pengenalan dan sebagainya. Ini memudahkan kerja scammer. Jangan mudah untuk mempercayai sesiapa sahaja di atas talian. Elok lagi kalau anda update sahaja anda makan apa hari ini.

3. Sekiranya sudah terjebak dan mendapat mesej berbaur pembayaran seperti ini, “Use PIN code xxxx to complete your payment. This key is valid for 30 minutes”. Berhenti terus dan jangan lakukan apa-apa. Mereka tidak dapat meneruskan penipuan mereka jika tidak mendapat kod 4 digit tersebut.

4. Dan sekiranya anda telah tertipu dengan mereka dengan memberikan kod tersebut, bil akan tetap dipotong dan anda hanya mampu berhuhu. Selepas ini sentiasa beringatlah, cuba jangan kena tipu lagi.

5. Didiklah diri kita untuk sentiasa peka dengan keadaan semasa, dan sentiasalah menambah ilmu berkaitan teknologi agar dapat menghindari masalah seperti ini.

Dapatkan khidmat nasihat daripada pihak berkuasa seperti Polis, KPDNKK dan lain-lain untuk tindakan lanjut sekiranya anda menjadi mangsa.

Sekian khidmat masyarakat.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Jacques Tadong

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Defending Your Life: Bangun Di ‘Padang Mahsyar’

Jangan Hukum Anak Yang Lambat