in ,

Saintis Muda Menyokong Faiz Subri

Sejak Faiz Subri mengumumkan untuk memakai baju melayu di anugerah FIFA, aku dah mula geram dengan orang di Malaysia. Aku betul-betul bengang. Sampailah semalam, apabila aku dengar orang Malaysia seperti Amir, Terence Netto yang kutuk Faiz kerana tak pandai berbahasa Inggeris. Eh, sejak bila bahasa Inggeris digunakan untuk mengukur tahap kepandaian dan kredebiliti seseorang? Dekat mana kau belajar tentang ini? Aku belajar di negara barat hampir tujuh tahun, dari mula aku ambil degree sampailah dapat PhD.

Bahasa Inggeris aku tidaklah sebagus mana tapi aku berjaya peroleh penghormatan kelas pertama di Universiti Melbourne dan menerbitkan jurnal berkualiti tinggi ketika pengajian PhD. Penyelia untuk pengajian PhD aku pernah berkata kepada aku, “bahasa Inggeris kamu tidak akan mengubah takdir penulisan kamu. Jika kamu dapat melakukannya dengan betul, penulisan itu tetap akan diterbitkan walau teruk bagaimana sekalipun bahasa Inggeris kamu.” Gila apa guna bahasa Inggeris untuk menilai kepandaian seseorang. Aku tak pernah diajar mentaliti sampah begini.

Sebagai seorang saintis, aku dah berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Kebanyakannya adalah dari kolaberasi antarabangsa. Antara negara yang terlibat adalah dari negara Jepun, Rusia, Sweden, Germani dan Thailand. Salah seorang mentor yang terlibat adalah dari negara Sweden di mana dia sedang menyambungkan pengajian Phd di Universiti Cambridge. Aku kerap berbual dengan dia via email. Memand susah aku nak faham apa yang dia tulis dalam email sebab tatabahasa berterabur dan ejaan pun salah. Tetapi dia telah menerbitkan pelbagai jenis jurnal yang bermutu tinggi seperti Energy & Environmental Science (impact factor 25.4), JACS (IF=13), Inorganic Chemistry (4.8), Journal of Physical Chemistry (4.8), Journal of Physical Chemistry C (4.7).

Sejujurnya, bahasa Inggeris bukanlah ukuran tahap kepandaian seseorang. Petikan yang dipetik dari buku Faust In Copenhagen: A Struggle for the Soul of Physics, mukasurat 192, “Given his terrible spelling and grammar, the publisher hired a physicist to translate Gamow English into English English…There is an occasional correct sentence.” (perenggan 1, baris 4.) George Gamow adalah seorang lelaki Rusia genius dalam bidang teori, ahli nukler fizik dan  kosmologi. Jadi, bagitahu aku sekarang jika “pakar” dalam bahasa Inggeris menandakan seseorang itu genius?

Aku juga ada berborak dengan beamline saintis dari Synchorotrons di Thailand dan Jepun. Memang susah kalau bercakap dengan mereka, kena banyak-banyak bersabar untuk faham. Tetapi kenapa mereka boleh diambil kerja di pusat radiasi antarabangsa? Mudah, kerana mereka pakar dalam bidang mereka tersendiri. Aku boleh jamin kepada kau yang ilmu mereka jauh lebih hebat dari aku dalam bidang fizik. Mereka amat mahir dalam soft X-ray spectroscopy dan XPS. Mereka adalah orang yang amat pakar di dalam bidang tersebut dan tiada siapa peduli jika bahasa Inggeris mereka teruk.

Kepada sesiapa yang mengkritik Faiz Subri kerana kemahiran bahasa Inggerisnya yang teruk, kamu semua bodoh. Khalas. Aku tak pernah menggunakan perkataan seteruk ini sebelum ini dan aku takkan minta maaf kerana gunakan perkataan tersebut tetapi aku betul-betul bengang dengan manusia yang mindanya tertutup. Aku marah betul. Minda terjajah. Penjajah dah balik British pun minda orang Malaysia masih terjajah. Lebih barat dari barat. Minda keparat!

Mat Kuantum

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kopi Lu, Nasi Lemak Gua, Dan Rezeki Dia

Kau Tahu Perasaan Jadi Buta Walau Masih Boleh Melihat?