in ,

Rumah Pun Boleh Jadi Pelaburan

Pada masa ini ramai yang masih mengeluh kerana masih tidak memiliki hartanah. Semua mengatakan yang harga rumah yang ada di pasaran pada masa ini tidak munasabah dan menyebabkan ramai lebih rela menyewa daripada membeli. Perkataan yang sering kita dengar adalah ‘rumah mampu milik’ yang kini dimomokkan dengan ‘rumah mampu tengok’.

Pada masa yang sama, ada golongan yang sedang menimbangkan pembelian rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Golongan ini boleh lah dikatakan player yang nak kawin lebih daripada satu. Mereka menganggap membeli rumah sebagai pelaburan dan bukan hanya satu keperluan. Ini mentaliti yang secara tak langsung menyebabkan harga rumah naik, kan?

Sebenarnya tidak. Harga rumah naik bukan kerana ramai pelabur yang ingin membeli rumah berharga tinggi. Ia adalah konsep yang ada di semua pasaran terbuka. Lebih banyak permintaan, lebih tingi harga sesuatu barang. Jika tiada yang pembeli di dalam negeri, pembeli boleh di’import’ daripada negara luar termasuk negara Asia Tenggara lain, China dan mana-mana negara yang penduduknya suka dengan kehidupan di Malaysia yang sentiasa panas. Sekurang-kurangnya ia boleh jadi rumah percutian.

 

Kalau nak beli rumah kedua ni apa yang perlu diambil kira?

1) Di dalam semua pelaburan, apabila kita nak melabur, kita kena kira ‘selera risiko’ kita. Risk appetite ni sebenarnya dalam bahasa mudah, tepuk poket, buat kira-kira. Poket tu bukan hanya pendapatan bulanan kita tetapi semua yang berkaitan dengan kebolehan kita membayar semula sesuatu pinjaman perlu diambil kira. Pemberi pinjaman akan melihat CCRIS kita yang perlu cantik dan risiko kewangan kita. So, plan ahead.

2) Niat dan tujuan pun penting. Kita nak melabur kerana nak pendapatan daripada sewaan atau nak tunggu harga hartanah itu naik selepas beberapa tahun. Menjaga hartanah untuk disewakan berlainan dengan menjaga hartanah yang disimpan untuk menaikkan nilainya. Ada guru hartanah yang mengatakan rumah strata sesuai untuk pendapatan sewaan dan rumah di atas tanah sesuai untuk disimpan supaya boleh dijual semula pada harga yang tinggi.

3) Akhir sekali, tidak kiralah rumah yang dibeli itu untuk sewaan atau naiknilai, yang penting sekali, apabila melabur, carilah lokasi yang sesuai. Ini penting kerana rumah sewaan yang terlalu jauh akan menyebabkan tidak berbaloi untuk memandu ke rumah itu untuk memantaunya (sewa boleh masuk akaun tetapi keadaan rumah perlu dilihat dengan mata kepala sendiri). Rumah yang diharap akan naiknilai pula tidak dapat memberi pulangan jika dibeli di tempat jin bertendang yang tidak mempunyai pembeli lain.

 

Khairul Anuar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Inilah Dirgahayu!

Mereka Mempercayai Saya, Saya Tidak Patut Hidup Di Atas Nyawa Rakan-Rakan