in ,

Persepsi Dan Salah Faham Terhadap FELDA

Pasti semalam dah ramai menonton video Mat Luthfi dan Tan Sri Shahrir Samad, yang mana banyak info berkaitan Pengerusi Felda ini yang kita semua tidak tahu.

Tan Sri antara manusia yang pernah berehat sebentar dalam dunia politik yang mana pada waktu itu beliau mengusahakan perniagaan dobi. Lebih dari itu, beliau siap jadi driver untuk membawa pakaian ke tempat cucian.

Antara benda yang kami semua suka dengan Tan Sri Pengerusi ini ialah beliau adalah orang yang berani membawa masuk SPRM dan mereka ini sentiasa ada di dalam Felda. Ia adalah kerana untuk terus memacu dan memastikan tiada lagi penyelewengan dan rasuah yang berlaku di dalamnya.

Selepas beberapa tahun, Felda dan negara kita ini terguris dari sudut banyaknya skandal dan kerosakan yang berlaku, termasuk ketirisan wang, kehilangan tanah dan salah urus.

Dan selepas setahun Tan Sri memegang tampuk tertinggi Felda, usaha beliau menampakkan hasil yang cukup baik.

Tanah sudah dikembalikan, malah Felda terus membuka pintu kerjasama dan sokongan penuh kepada SPRM dan Jabatan Audit Negara dalam membanteras jenayah rasuah.

Antara tugas beliau yang paling sukar ialah untuk meyakinkan kembali peneroka Felda yang seramai 112,635 orang (tidak termasuk ahli keluarga), jika ditambah ahli keluarga, boleh jadi hampir 500,000 orang.

Nak dapatkan semula keyakinan, Tan Sri Pengerusi hanya ada sekitar 1 tahun lebih sahaja sebelum PRU14. Dan usaha gigih termasuk membuat road-show, bersama peneroka dan membuat hebahan termasuk beliau sendiri turun padang berbincang dan menyebarkan semula kegiatan yang beliau lakukan itu merupakan sebuah usaha yang sangat dikagumi.

“Saya tengok masalah FELDA ini adalah lebih kepada persepsi dan salah faham, hingga ramai orang tidak boleh membezakan antara FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV), sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, dan FELDA sebagai sebuah badan pihak berkuasa iaitu lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Jadi ada salah faham dan kekeliruan, bukan sahaja di peringkat peneroka tetapi juga pemimpin dunia perniagaan.” – Tan Sri Shahrir Samad, ketika diwawancara oleh Bernama.

Oleh sebab itu, Felda di bawah Tan Sri terus memperkenalkan dan melaksanakan Polisi dan Prosedur Pemberi Maklumat agar pemberi maklumat dilindungi di sisi undang-undang, dan paling penting sekali, Felda juga telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM.

Terus cemerlang menadbir urus Tan Sri dan Felda!

#FeldaBalikAsal,

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

FELDA Tidak Pernah Gagal

Mengundilah Manusia Seperti Churchill