in ,

Pendidikan Itu Apa, Dato’ Menteri?

Baru kejap ni aku tertonton TV3, ada slot KPM bertajuk Laluan Pendidikan Abad Baru. Kebetulan Menteri tengah bercakap, P Kamalanathan kata, generasi baru di sekolah akan dibekalkan dengan HOTS, Higher Order Thinking Skills, kemahiran berfikir aras tinggi. Kemudian dia kata lagi, lepas dibekalkan HOTS, anak sekolah ini akan diuji dengan ujian psikometrik di tingkatan 3. Katanya lepas anak ini PT3, sekolah akan asingkan dan bahagikan anak-anak ini ikut kecenderungan mereka.

Ayat dia yang aku ingat ialah; “Kita boleh asing dan bahagikan anak ikut kecenderungan mereka,”

Okay, aku rasa Menteri ni ada pelik sikit. Pertama, dah kenapa pula dia sendiri nak asing dan bahagikan anak? Atau kalau dalam fahaman aku, kenapa sekolah atau kementerian memandai-mandai nak asingkan anak-anak ni ikut suka depa?

Kedua, kenapa kita tak boleh biarkan anak ini sendiri pilih apa depa nak belajar, apa depa nak jadi? Kenapa mesti ada kita, sekolah, kementerian, cikgu pengetua untuk pecahkan anak ini ikut kumpulan dan perintah mereka masuk aliran yang dah ditentukan untuk mereka?

Masalahnya, kenyataan ini datang daripada seorang Menteri. Bayangkan, kalau Menteri sendiri tak faham konsep mudah ni, dan guna pula stail tradisional zaman paleolitik ni tapi kata ‘Pendidikan Abad Baru’?

Menteri ni lupa, sejak adanya ekonomi gaya Ubernomics ni, sekolah itu sendiri sudah terjatuh ke tangga ke-berapa dalam strata pendidikan umum. Dan kalau sekolah sendiri sudah terlucut keupayaan untuk menjadi agen pendidikan kepada anak-anak, datang mana pula mandat dia nak pecah dan perintah anak ni jadi apa lepas Tingkatan 3?

Inilah masalah pendidikan nasional kita, bermula dengan Menteri, berlanjut dengan tiadanya perlawanan terhadap Menteri dan idea-idea lama dan tradisional serta gaya berfikir aras tinggi yang sebenarnya lama dah orang tinggal.

Pendidikan bukan bentuk. Pendidikan ialah makna. Anak kita bukan berpendidikan bila dia ke sekolah pakai baju putih seluar biru gelap kasut putih. Tapi anak kita berpendidikan bila dia jadi manusia, jadi orang baik dan berguna kepada negara.

Pendidikan bukan kulit atau sampul plastik pelan perancangan, tahun ini warna merah tahun depan warna biru. Pendidikan ialah proses menjadikan anak kita warga yang berdaya saing, baik dalam negara mahupun antarabangsa.

Dunia dah berubah, dan begitu juga sepatutnya cara kita berfikir tentang – apakah pendidikan itu – dan bagaimana kita memahaminya.

ZF Zamir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Filem-filem Mengenai Korupsi Yang Mungkin Kau Sendiri Tak Pernah Tonton

Tips Penting Sebelum Anda Mula Atau Bercita-cita Ingin Menyewa Sebarang Tempat Berniaga