in ,

Nak Bawa Bekal Pun Malu?

Budaya bawa bekal ataupun ‘tapau’ sudah lama dipupuk sebagai budaya dalam hidup aku.

Mak aku, sejak aku tadika sudah biasakan diri dengan perkataan ‘tapau’ware.

Kau tahu, sebab dari awal dah dibiasakan, aku jadi tak ada istilah ‘malu’ bila ada yang ejek “hek eleh, bawa bekal…”

Bila kawan-kawan ke kantin beratur dapatkan sepinggan nasi lemak, aku sedap-sedap lepak di meja untuk makan hasil cinta ibuku kepada kami adik beradik.

Setiap hari beliau bangun pukul 4 pagi. Masak dahulu untuk kami, kemudian pergi mandi dan bersiap untuk pergi kerja. Kereta Uncle Din (mak aku carpool sejak tahun 90-an lagi) akan sampai depan rumah pukul 6.00 pagi.

Ada harinya kami empat beradik dapat makan sedap – nasi lemak, mihun goreng, nasi goreng, kuetiau goreng.

Punyalah sedap kuetiau goreng mak aku, sampai waktu aku umur 12 tahun, aku minta mama jangan beli kek, tapi nak kuetiau goreng.

Punyalah power kuetiau mak aku sampai bila ada jamuan kat sekolah, bekas sebesar pemeluk aku tu cepat aja licin berbanding makanan lain.

Pada hari yang dapat bawa bekal egg banjo, memang terasa nak lompat tinggi-tinggi sebab gembira macam dunia macam aku yang punya!

Ada hari yang mama tak sempat nak masak atau hari tak ada idea, roti planta gula pun jadi. Ada masa dapat juga inti sardin atau telur hancur letak sos.

Kami besar sikit, mama dapat tabung duit beli sandwich toaster jenama Black & Decker, sandwic kami dapat rupa baharu. Macam orang putih wa cakap lu.

Duit belanja kami adik beradik (tahun 90an) tak banyak. Mula-mula hanya dapat 50 sen hari Jumaat sahaja.

Dah besar sikit, hari biasa dapat 50 sen, hari Jumaat baru merasa mewah sikit syiling warna emas di selit dalam kocek.

Mula-mula diberi bekas plastik, tapi banyak isu ‘logistik’ termasuk bekas teringgal di sekolah, penutup hilang, bekas terlupa bawa keluar dari beg sampai bercendawan, tak lupa juga bekas makan dijadikan tempat bancuh water colour untuk kelas pendidikan seni.

Menyelesaikan isu kronik ini, mama guna kertas coklat macam penjual nasi lemak. Lepas makan terus buang.

Paling seronok zaman aku tingkatan empat, masuk sekolah baharu. Budaya bawa bekal aku teruskan dan daripada dipandang pelik, makin ramai tertarik sampai kami boleh buat kultus sendiri di waktu rehat.

Kami kongsi rasa makanan masing-masing. Ada hari kawan bawa benda special sedap, kita dapat merasa walaupun hari itu kita bawa roti planta gula sahaja.

Sebab aku dah mula ada akal, baru aku nampak betul untungnya bawa bekal berbanding beli di kantin. Paling utama adalah porsi. Sepinggan nasi lemak di kantin dah 50 sen, tapi makan belum tentu kenyang.

Nasi lemak bekal aku, saiz bungkusannya pun dah sebesar lengan (bungkus stail leper, bukan jenis kon). Kawan-kawan tumpang makan pun kita masih boleh kenyang.

Hal lain adalah kebersihan. Tak adalah rambut yang tak dapat dikenal pasti DNA muncul dalam pinggan. Ada lagilah kes yang aku malas nak sebut, karang kau orang ingat aku kutuk pengusaha kantin pula kan.

Jadi, kenapa aku cerita ini semua pagi ini?

Sebab budaya ini, selepas aku berkahwin pun kami suami isteri masih usaha teruskan. Ada masa konsisten, ada masa tenggelam juga.

Isteri aku bangun pukul 5 pagi masak bekal untuk kami berdua dan anak-anak yang ke taska. Dua set menu berbeza sebab ada bayi.

Tiadalah penghargaan yang boleh aku tunjukkan melainkan tolong benda-benda yang boleh ditolong. Setakat sekarang, masih gagal bantu bab bagun memasak.

Tapi bab potong-potong, bak datang aku settlekan. Sebab hal memotong boleh dibuat awal, haha…

Bangun pagi, isteri aku bersilat. Ke dapur buat apa yang patut, sat lagi yang bayi tu teriak…gegas pula menyusukan…kejar nak siap pi kerja pula…mula kerja pukul lapan, sebelum itu kena hantar anak ke taska pula.

Nasib baik taska anak dalam kawasan sama dengan pejabat isteri. Kalau tidak, kacau juga.

Syukur amat. Itu aja boleh aku cakap.

Kalau kau suruh aku, boleh jadi hari-hari anak aku makan roti canai atau nasi lemak bungkus ajalah wey.

Pesan aku, hargailah wanita-wanita di sekeliling kita. Mereka ada kisah perjuangan yang belum tentu kita yang lelaki ini boleh tanding.

Ali Imran
Wartawan Awam bawa mangkuk tingkat ke tempat kerja

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Peniaga Malaysia: Terlajak Ramai?

Bukan Apam Balik Anak Dara