in ,

Mulakan Dengan Apa Yang Ada Dalam Tangan Kita, Anak Muda!

Wah wah wah jarang sungguh orang kita post panjang-panjang tentang buku. Terpaksalah aku berterima kasih pada Fattah Amin kerana menjadi pencetus ummah untuk orang kita bersembang pasal buku. Aku tak boleh nak kritik buku ni, buku tak ada dalam tangan lagi, tak baca lagi, tak adil untuk kita mengadili tanpa baca dan memahami keseluruhan buku.

Selepas isu acara Negara Buku menjadi Negara Baju, ramai yang perli anak muda kita bahawa mereka ini hanya nak mencantik sahaja. Nampaknya tuduhan itu kurang tepat malah kelaut.

Pada tahun 2009, aku hadir memberi sokongan kepada rakan aku yang melancarkan kedai buku dan juga distro baju bernama UYA DISTRO. Pada waktu itu juga aku baru tahu dia menulis buku bertajuk Memoir Of Gondol.

Selang beberapa hari di UYA Distro, buku dari penerbit I Am Lejen mula mendapat tempat pada orang ramai. Aku pada masa itu menumpang sewa menjual baju dan aksesoris dari Bandung (Cosmic) langsung tidak mendapat sambutan.

Permulaan inilah aku mula tertarik untuk membaca dan mendekati buku genre Alternatif ini. Selang beberapa tahun, selain dari penerbitan I Am Lejen, ada beberapa lagi penerbitan buku Alternatif yang giat memperjuangkan buku dan menyediakan bahan bacaan untuk anak muda terutamanya pelajar Universiti.

Lama kelamaan aku mula tertarik dengan gaya gerakkan guerrilla mereka yang berjaya menarik minat anak muda untuk membaca sekaligus menepis tuduhan orang ramai bahawa budak muda negara kita tidak membaca. Kita yang tidak menyediakan bahan bacaan yang menarik kena dengan jiwa mereka. Lalu muncullah penerbit-penerbit ini yang menembusi memecah tuduhan ini.

Sesudah 8 tahun, pelajar-pelajar dan anak muda ini sudah berkahwin, sudah ada anak, berumur dan pelbagai faktor lagilah yang menjadi halangan untuk mereka membeli buku-buku alternatif. Bukan tidak membeli langsung, tapi berkurangan, tidak seperti dahulu. Ada banyak komitmen, buku anak lagi, buku business lagi, buku agama lagi.

Jadi inilah tujuannya Negara Buku diwujudkan, bergabung hebat dengan Tempatan Fest. Seperti yang kita tahu Tempatan Fest ini adalah acara utama tempat anak muda berkumpul. Dari muzik, fashion, makanan hingga ke barangan seni disini lubuknya.

Jadi bagaimana 8 tahun dahulu mungkin lebih, penerbit-penerbit alternatif ini berjaya menarik minat pelajar Universiti dan anak muda membaca, begitu juga kita kena lakukan untuk masa sekarang dan hadapan, menarik anak muda untuk membaca. Apabila kita gagal lalu dengan mudah kita menuduh anak muda tak nak membaca, maknanya disini “buku sudah mati”. Bagaimana penulis dan penerbit dahulu lakukan semasa kau baru berjinak dengan buku? Tidak bolehkah memberi peluang yang sama pada anak-anak muda ini supaya mula membaca.

Mungkin pendapat aku ingin menjayakan Negara Buku ini berlainan dari tujuan asal pengasas Negara Buku Mutalib Uthman. Tapi kami mempunyai matlamat yang sama, mewujudkan masyarakat membaca. Apabila kita mempunyai masyarakat membaca yang tinggi, permintaan berbeza, level pemikiran dan bahan bacaaan juga berbeza. Oleh itu tiadalah pengeluaran buku yang kau tuduh bangang dan bodoh ini. Tiada permintaan, tiada pengeluaran.

Takkan realiti masa hadapan kita nak debat buku bangang vs buku pandai lagi. Macam aku cakap tadi, tiada permintaan, tiada pengeluaran. Menjadi tanggungjawab sosial kita menaikkan level bacaan negara kita. Mengubah gaya hidup kepada membaca juga penting. Apa kata kita mulakan dengan memberi peluang kepada anak muda ini dengan berkreativiti menarik minat mereka untuk membaca. Makcik-makcik pembaca novel merepek dan pembeli buku pentaksub artis sehingga keluar buku tak ubah seperti majalah/calendar Maxim dan Penthouse kita boleh tinggalkan mereka dah. Gone case, mulakan dengan orang muda, yang ada dalam tangan kita ini.

 

Izzat Amir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Donald Trump Sebenarnya Penghapus Islamophobia?

Jenis-Jenis Buku Dan Kesan Buku Itu Pada Diri Kita