in ,

Mengundilah Manusia Seperti Churchill

Kau tahu kawan, Sir Winston Leonard Spencer-Churchill, atau kita kenal sebagai Winston Churchill, merupakan hero sebenar Perang Dunia Kedua.

Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, Winston merupakan seorang ahli politik British, seorang Pegawai Tinggi Tentera dan seorang penulis.

Sayangnya pelantikan beliau tidak disenangi ahli partinya sendiri. Ketika itu, Britain sedang bergelut dengan kepimpinan yang lemah. Pembangkang ketika itu merasakan kepimpinan sedia ada tidak memadai dan tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan Jerman.

Untuk mengelakkan Usul Undi Tidak Percaya dilancarkan, kepimpinan yang diketuai Neville Chamberlain ketika itu meletakkan jawatan dan digantikan dengan Winston, seorang tokoh yang kurang digemari ahli partinya sendiri, tetapi disenangi oleh Pembangkang berikutan hujah hujahnya yang tidak bias dan tindakannya yang realistik.

Dan antara tugas terbesar Winston ketika itu selain mendamaikan kem kem politiknya adalah, mempersiapkan United Kingdom untuk berhadapan dengan Jerman yang ketika itu sudahpun menjatuhkan Belgium dan Perancis.

Berhadapan dengan dilema di antara terus berjuang atau memilih untuk melakukan rundingan damai, beliau terpaksa memilih satu tindakan yang tidak popular – terus berjuang dan bertahan.

Dengan sumber yang terhad dan kurang, atau tiadanya sokongan daripada negara jiran, Winston memulakan kempennya melawan Jerman dengan mengembalikan semula keyakinan rakyatnya.

Beliau berjaya melakukan satu turn around, melakukan kempen kempen kebangkitan rakyat meskipun melalui cerita cerita yang misleading dan seterusnya membuatkan warganya berasa bahawa tiada apa apa yang berlaku.

Tindakan Winston menanamkan semangat Kebangsaan dalam setiap rakyatnya berjaya membuahkan hasil dan membuatkan Jerman seolah olah bukan satu ancaman dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk kejayaan Britain mengekang Jerman daripada terus mara.

Banyak tindakan tindakan tidak populis yang terpaksa beliau ambil bagi menjaga kepentingan dan nyawa rakyat terbanyak, peristiwa Dunkirk misalnya.

Berjayanya Winston mengalahkan Jerman telah menutup mulut pengkritiknya sekaligus menyemarakkan semula semangat perjuangan rakyat Britain yang hampir padam.

Beliau merupakan perlambangan Mawar, sukar untuk dijangka. Cantik dan indah dipandang namun tidak mudah dipegang.

Selamat pulang mengundi, rakan dan lawan. Sungguh, tiada siapa yang boleh terlepas daripada kebodohan.

Aiman Harith

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Persepsi Dan Salah Faham Terhadap FELDA

Sejarah “Cina Jaga Duit” Kerajaan Malaysia