in ,

Menabung Untuk Travel Buat Kau Yang Boros

Macam mana aku menabung untuk travel?

1. Tetapkan minimum berapa ringgit yang wajib dimasukkan ke dalam tabung setiap hari. Contoh, RM50.00 sehari. Kalau ada lebih, pejamkan mata dan masukkan lebihan itu. Tapi jangan sesekali kurang.

2. Tetapkan berapa lama tempoh menabung untuk setiap percutian. Aku biasanya buat tiga bulan. Sekiranya dalam masa tiga bulan tabung pelampung masih tak penuh, aku akan susah hati dan rasa nak sumbat banyak-banyak lagi.

3. Cari pendapatan sampingan untuk sumbat ke dalam tabung. Untuk ini, kau kena cari sendiri. Macam aku, aku gunakan duit dari jualan set makanan untuk masukkan ke dalam tabung. Dulu masa aku bekerja, aku buat penghantaran makanan pada hujung minggu. Kau rajin, kau dapat lebih. Kau malas, kau gigit jari.

4. Disiplin. Kau kena berkorban untuk tidak membeli benda-benda lain. Kecuali jika kau ada duit lebih lepas kau dah masukkan minimum jumlah wang ke dalam tabung.

5. Buat tabung saiz besar supaya kau geram nak penuhkan tabung itu.

6. Setiap tabung harus ada nama tersendiri. Jangan letak nama umum. Contoh, “Tabung Travel”. Kau perlu letak nama seperti “Tabung Trip Canada”. Barulah semangat kau nak sumbat duit dalam tabung itu.

7. Setiap malam sebelum tidur, kau ambil masa untuk diri kau lima minit dan berangan tentang tempat impian kau supaya esok pagi bila kau bangun tidur, kau lebih positif untuk berkerja keras kejar impian kau.

8. Menabung pun menabung juga. Tapi jangan kau jadi tangkai jering. Kena juga selalu bersedekah. Tapi tak perlulah heboh-heboh. Hanya kau sahaja yang tahu.

9. Tunaikan impian orang lain, terutamanya anak yatim dan kanak-kanak. Doa mereka walaupun kecil tapi power!

10. Jangan kedekut dengan ibu bapa. Makin banyak kau keluarkan duit untuk senangkan hati mereka, makin murah rezeki kau. Pernah dengar ayat “the more you give, the more you will get” macam itulah lebih kurang.

Ini gambar hasil aku menabung selama 3 bulan untuk tabung Spain-Portugal. Jumlah terkumpul sebanyak RM8,888. Tapi aku ngelat sebab aku guna untuk percutian di Scandinavia. Tabung Iceland pun aku dah kopak juga, termasuk tabung Balkan. Tiga tabung aku kopak untuk percutian 40 hari itu.

Sekarang aku dah mulakan menabung baru.

Suri Shariff

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kenali Satu-satunya Yang Di Pertuan Agong Berstatus Bujang

Ujian Hebat Untuk Orang Yang Hebat