in ,

Konsumerisme Adalah Setan Yang Ada Di Mana-Mana

Kenapa agaknya, kita selalu nak lebih dalam dunia ni?

Dah ada 1 jam, kita beli lagi satu. Cukup setahun kita beli lagi 1. Cukup 5 tahun, 18 jam bersusun atas meja.

Padahal pergi mana-mana, kita pakai seutas jam sahaja?

Dah ada 1 kasut, kita berebut beli lagi satu. Cukup setahun, ada 18 pasang beratur depan pintu.

Padahal keluar pergi mall, kita pakai selipar je?

Dah ada 18 pasang jeans, nampak sale Jusco buat masa hari gaji, kita pun berebut beratur depan ATM. 27 pasang seluar dalam masa 3 tahun.

Dan kita tak sedar pun kita jadi macam ni. Daripada cukup 1, kita nak 2, nak 3, nak kumpul sampai beratus.

Kita tak sedar bila kita masuk kereta pasang radio, depa kempen sale sana sale sini. Kita buka TV, kempen beli periuk kempen beli blender.

Bila kita buka Fesbuk, Lazada ikut kita. Keluar Fesbuk, Zalora pulak pegang kita. Masuk Twitter, 11street pula ikut.

Kita tak pernah kira berapa pasang seluar kita patut ada, berapa pasang baju kita patut pakai.

Sampai kita jadi tak pernah cukup dalam dunia ni. Kita nak lebih. Sampai atas katil pun, kita nak isteri dua isteri tiga.

Tengok apa konsumerisme buat kepada diri kita semua? Dan kita tak pernah sedar sikit pun, semua ni.

ZF Zamir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Kita Pelumba Go Kart Guna Penghadang Plastik, Mat Saleh Nak Angkat Wayar Pun Kena Certified Technician, Tahu?

“Ingatan Buat Kaki Rakam, Kaki Share Dan Kaki Komen Rumah Tangga Orang, Tunggulah Saat Kau Pula.”