in ,

Kita Tolong Orang, Tuhan Pasti Tolong Kita

Beberapa bulan lepas, masa aku balik kampung cuti raya haji. Waktu tu aku cedera. Kaki aku masuk paku tu. Jadi sepanjang perjalanan ke Perlis, aku cuma sandar macam bos ja di seat penumpang. Bini aku drive all the to Perlis.

Masa sampai kat RnR Gurun, kami singgah KFC sebab lapaq tak sangga. Ya lah, sepanjang jalan kereta banyak. Lepas order, kami makan dengan gembira sambil diselangi gelak tawa. Hahaha

Dah habis makan, aku pun cakap ke bini aku, “Kemas bekas makan kita ni.Pastu pi buang.” Sebab nampak seorang pekerja dia kelam kabut nak kemas sisa makanan kat setiap meja yang dah orang lain guna.

Bini aku rebel. Dia cakap biar lah orang tu buat. Aku tenang bagitau dia, “Takpa la tolong dia sikit. Kalau kita mudahkan kerja orang, nanti mesti Tuhan mudahkan kerja kita.” Tak cakap banyak, bini aku pun buang bekas makanan kami.

Lepas tu sambung perjalanan sampai la Perlis. Kat Kuala Perlis, aku nak pi kedai. Tapi dompet aku entah kat mana. Cari-cari punya cari tak jumpa. Aku dah mula berpeluh. Dah pikir nak kena buat balik IC,lesen kereta, matikan kad bank. Aduh. Stress.

Lepas tu ada satu perasaan, rasa macam tertinggal kat KFC RnR Gurun tu la. Aku try call, mujur Manager dia cakap ada. Mujur. Terus aku call kakak aku yang baru sampai Ipoh suruh dia singgah ambilkan.

Nasib baik la dompet aku tu jumpa pada orang yang baik. Mungkin juga sebab aku tolong pekerja KFC tu, Tuhan tolong aku balik. Apa-apa pun, berbuat baiklah sesama kita. Pasti negara kita akan terus aman walaupun dah memang aman pun sekarang ni.

 

Mustaqim Mustapa

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kau Rasa Anak-Anak Kelainan Upaya Ini Tak Akan Berjaya Dalam Hidup?

Bagaimana Minum Milo Jadi Sihat Dan Kuat Boleh Berada Di Semua Negara Seluruh Dunia