in ,

Kisah Seorang Tua Penjual Kasut Di Buenos Aires Yang Namanya Diabadikan Pada Kasut Adidas

Baru baru ni Adidas keluarkan kasut (trainer) baru dengan nama Ashington.

Ashington ni keluar sebagai tribute kepada legenda bola sepak Sir Bobby Charlton yang membina kemasyuran bersama pasukan bola sepak berprestij tinggi, Manchester United.

Trainer Ashington edisi khas ni rilis terhad di lokasi sekitar UK sahaja. Semua sekali ada 1200 pasang, dan tak sampai sehari semuanya habis direbut oleh hooligan UK.

Tak sampai sehari selepas stock retailers habis juga, ebay pula penuh dengan reseller yang jual semula kasut Adidas Ashington dengan harga tak masuk akal sampai mencecah RM2500 sepasang.

adidas-ashington-191016-01-02

Baik, sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal Adidas Ashington yang sekarang tengah kecoh orang mencari ke hulu ke hilir.

Lebih mengujakan untuk aku kongsi adalah sepasang lagi trainer Adidas yang diberi jolokan Adidas Carlos (re-issue New York SPZL) yang mesti diberi perhatian.

Siapa Carlos?

Ceritanya begini;

Carlos Ruiz ni seorang retailer tua berumur 75 tahun yang menghabiskan hidupnya sebagai penjual kasut Adidas di sebuah kedai di Buenos Aires, Argentina. Dia menjual kasut kasut Adidas kurang lebih 30 tahun dari era 70’an sebelum semuanya terhenti 10 tahun lepas bila 2 perompak masuk kedai dan rompak duit Carlos bersama hadiah sebutir peluru yang mengakibatkan Carlos tidak boleh berjalan selama 2 tahun.

Selepas 2 tahun bertarung untuk pulih, lesen stockist Carlos ditarik dan birokrasi (untuk dapatkan semula lesen jualan) terus membunuh seorang penjual kasut Adidas tua yang tidak lagi dipedulikan.

carlos

Carlos Ruiz melawan dengan cara sendiri.

Sejak 10 tahun, setiap hari dia cuma duduk di kerusi malas dalam kedai menghabiskan masa melihat orang lalu lalang sambil membersihkan debu habuk kotak kotak Adidas yang stock-piling sampai ke bumbung.

Kata Carlos;
“Melihat kotak kotak Adidas yang tersusun adalah terapi”

Pembeli yang masuk? Jarang jarang dan hampir tidak ada.

Pada waktu itu, makna hidup pada Carlos tidak lebih dari hanya melimpahkan kasih sayang kepada stock kasut Adidas yang dia simpan sejak memulakan perniagaan dari tahun 70’an dahulu. Dia cuma mahu hidup begitu sehingga ajal menjemput tiba.

Namun seperti kata Bob Dylan;

“It’s hard to speculate what tomorrow may bring”

Begitulah yang terjadi kepada Carlos Ruiz.

carlos-2

Pada tahun 2014, tokoh Adidas trainer tersohor Gary Aspden (kau Google siapa Gary Apsden ni kalau nak tau legend dia macam mana) bersama beberapa orang kawan terbang dari UK ke Buenos Aires semata mata untuk melawat kedai Carlos. (Lepas dia dapat emel dari sorang kutu yang tunjuk gambar gambar stock pile kotak Adidas di kedai Carlos).

*kau Youtube video ni, tulis je Adidas Carlos dah boleh jumpa

Lawatan mereka diterima Carlos.

Carlos bawa Gary Aspden dan kawan kawan menerobos terowong masa melihat kotak kotak Adidas yang di dalam setiap satunya tersimpan khazanah ‘vintage pair’ yang pada waktu itu, sudah tidak ada lagi ‘vintage pair’ sebegitu boleh ditemui di dunia ni, hatta di ibu pejabat Adidas, Herzogernaurach Germany pun tak ada!

Beberapa pasang trainer yang yang Carlos simpan tu, Gary Aspden pun tak pernah jumpa seumur hidup dia!

Hampir nak menangis pasukan Adidas dapat tengok balik produk lama mereka melalui simpanan koleksi Carlos.

Apa Adidas buat untuk membayar ketaatan tak berbelah bagi Carlos Ruiz terhadap jenama mereka?

Adidas buat kasut tribute untuk Carlos!

Mereka hadiahkan Carlos kasut Adidas SPZL New York (reissue) edisi terhad sempena nama dia sebagai tribute dan penghargaan jasa bakti Carlos menyimpan khazanah Adidas selama puluhan tahun.

carlos-3

Ya, Carlos Ruiz seorang penjual Adidas tua yang dahulunya hidup terpinggir, kini berubah menjadi ikon superstar!

Tanpa dia sedari, dia lah satu satunya manusia di dunia ini yang menyimpan khazanah kasut Adidas lebih dari simpanan syarikat Adidas tu sendiri.

Jadinya, kalau kau klem fanatik Adidas sneakerheads, tapi tak ada simpan Carlos SPZL ni, tak payah sembang lah.

Dan kalau kau nak beli cuma sepasang kasut Adidas edisi terhad (dalam ratusan edisi yang segala macam rare ni);

Cukup lah kau memiliki Adidas Carlos, sebab di dalamnya dah tersimpan sejarah ratusan edisi kasut Adidas yang dijaga penuh cinta dan kasih sayang oleh Carlos Ruiz, pemilik kedai Adidas di Buenos Aires yang akan hidup dalam ingatan peminat Adidas untuk ribuan tahun akan datang.

P/s:
Kenapa aku up cerita Adidas Carlos yang legend ni?
Mudah. Sebab Adidas Carlos aku baru sampai Malaysia semalam. Kahkahkah!

Fdaus Ahmad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Travel Semurah RM200? Jangan Kau Nak Jadi Pembongak!

Kau Rasa Beli Insurans Untuk Travel Tak Berguna?