in

Kisah Plastik Naik ke Langit

Semalam sebelum balik ke rumah, saya ke Petronas isi minyak. Sebelum itu saya parking sekejap di bahagian letak motor dan berjalan masuk ke dalam Kedai Mesra. Saya lihat ada seorang pakcik duduk bersila di kaki lima stesen minyak dengan 2-3 plastik beg berisi keropok kering.

Saya beratur untuk keluarkan duit. Di hadapan saya ada seorang jejaka. Sudah dia siap, dia berlalu dan saya pula keluarkan duit. Selesai, lekas saya keluar dan menuju ke motorsikal.

Elok mahu pakai helmet, saya lihat mamat tadi sedang hulur sebungkus plastik kepada pakcik tadi. Boleh nampak ada roti dan air mineral.

Terus berubah muka orang tua itu. Dari bermuram duduk seorang diri, kemudian dia terima bungkusan itu dengan penuh ceria. Tersenyum dia dan bersalaman dengan mamat tersebut.

Saya pun ke tempat isi minyak. Berjalan sekali lagi ke kaunter untuk bayar. Ya sungguh, pakcik tersebut masih senyum sendiri sambil mengunyah roti perlahan-lahan.

Kawan-kawan,

Banyak pengajaran yang kita dapat ikut. Berbuat baik tak semestinya kepada orang yang kita kenal. Kadang-kadang doa dari orang yang kita tidak kenal juga boleh jadi penguat kepada kebaikan hidup kita sehari-hari.

Ya sungguh, setiap kali kita berbuat kebaikan, setiap kali itu juga malaikat membawa doa keberkatan itu naik ke langit dan berjumpa Tuhan.

Khairul Hakimin Muhammad,
Seronok dapat melihat dan berkongsi kebaikan dengan kalian.

 

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Perlukah Pemaju Hartanah Diberikan Lesen Menjadi ‘Bank’?

Anak Muda dan Cita-Cita