in ,

Kisah Pembelotan Paling Berani Di Dunia

Sambil aku duduk berehat lepas makan sepinggan nasi, aku capai telefon Samsung aku dan skrol padanya. Aku terjumpa satu headline yang menarik aku untuk baca artikel tu.

“Juruterbang yang mencuri jet pejuang rahsia Soviet”

Artikel tu berkisar begini:

Pada 6 September 1976, ada sebuah pesawat kelihatan terbang di langit Bandar Hakodate, Jepun. Ia merupakan pesawat 2 enjin tetapi bukanlah sesuatu yang selalu di lihat oleh penduduk Hakodate. Jet ini mendarat di landasan konkrit-dan-asfalt Hakodate.

Juruterbangnya memanjat keluar dari kokpit pesawat dan menembak dua das tembakan amaran dari pistol. Kemudian seorang juruterbang berusia 29 tahun, Leftenan Penerbangan Viktor Ivanovich Belenko dari Angkatan Pertahanan Udara Soviet, mengumumkan bahawa dia ingin menyerah diri dan berpaling tadah.

 

 

Ini bukan penyerahan diri biasa. Belenko telah umumkan sendiri bahawa dia hendak berpaling tadah. Dan lebih mengejutkan, pesawat yang dipandu oleh Belenko adalah pesawat Mikoyan Gurevich MiG-25. Ia adalah pesawat yang paling sulit yang pernah dibina oleh Kesatuan Soviet sehinggalah Belenko mendaratkan pesawat itu di Hakodate.

Menurut laporan, pihak Barat which is Amerika Syarikat pun tak tahu sangat tentang pesawat ni. Mereka hanya dapat gambaran satelit saja sekitar 1970. Detail tentang pesawat ni mereka tak tahu. Pesawat ni mempunyai sayap yang besar dan hal ini menakutkan pihak Barat.

Sayap yang besar adalah sangat berguna dalam pesawat pejuang – ia membantu menghasilkan daya angkat yang tinggi, mengurangkan berat pesawat menjadikannya lebih lincah di udara dan ditambah pula dengan sepasang enjin yang besar. Boleh dikatakan MiG-25 adalah sebuah pesawat pejuangan yang lengkap pada masa itu.

Ini adalah kali pertama pakar-pakar Barat mampu untuk melihat dengan lebih dekat pesawat, dan ia mendedahkan banyak rahsia dan kejutan. Perbuatan Belenko ini menyebabkan kehancuran yang ketara kepada Tentera Udara Soviet.

ID Tentera Viktor Belenko yang berada di Muzium CIA, Washington DC.

 

Belenko telah diberikan perlindungan politik oleh AS Presiden Gerald Ford dan tabung amanah telah ditubuhkan untuk beliau, memberikan beliau hidup yang sangat selesa dalam tahun kemudian. Kerajaan A.S. menyoal siasat Belenko selama lima bulan selepas pembelotan, dan mengambil Belenko bekerja sebagai perunding untuk beberapa tahun selepas itu. Belenko turut membawa manual juruterbang untuk MiG-25 “Foxbat”, bagi membantu juruterbang Amerika dalam menilai dan menguji pesawat.

Kenapa Belenko berpaling tadah?

Ia lebih kepada kekecewaannya terhadap negara Soviet. Bapa kepada seorang anak ini menghadapi perceraian. Beliau telah mula mempersoalkan sifat semula jadi masyarakat Soviet. Dia berasa Soviet negara yang sangat teruk. Propaganda Soviet ketika itu juga menggambarkan bahawa rakyat sebagai masyarakat yang rosak.

Belenko menyedari pejuang baru yang berskala besar telah menjalani latihan mungkin menjadi kunci untuk melarikan diri. Dan semasa latihan di Vladivostok Airbase di Primorsky Krai, beliau telah berpecah dari formasi pasukannya, dan dalam beberapa minit dia berada di atas gelombang, menuju ke arah Jepun.

 

Mustaqim Mustapa

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Minyak Naik Buat Saya Naik Minyak

Pilih Kasut Sedap Untuk Kau Jogging