in ,

Kenapa Kau Kena Pergi Daftar Mengundi

Aku dah lalui 3 pilihanraya sebagai seorang pengundi berdaftar walaupun aku layak mengundi dalam 5 pilihanraya.

Masa aku di univerisiti dulu aku tak minat dengan politik, samada yang di kampus atau di peringkat nasional. Baik aku lepak tumpukan perhatian kepada budaya grunge dan musik indie yang menular pada masa itu. Buat apa nak tahu pasal hal mengundi ni.

Walaupun secara tradisi, sejak Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan, kebanyakan pemegang tampuk perwakilan pelajar dipegang oleh ‘budak law’. Ramai senior dan kawan aku yang dulu atktif di Persatuan Mahasiswa UKM kini aktif dan memegang jawatan dalam politik Malaysia. Aku kenal diorang tapi diorang belum tentu kenal aku. Kah kah

Tahun 2017 diorang kata dah nak pilihanraya. Kalau suku awal tahun depan terjadinya pilihanraya, 30hb September ni cut-off date untuk masuk daftar pemilih.

Soalan yang timbul adalah – penting ke kepada aku yang dah tersepit dan bergelumang dengan isu klien yang tuntut macam-macam, GST yang menghimpit, makanan yang kian mahal, rokok dijual seperti barang mewah, air paip asyik takde, pengangkutan awam yang entah bila nak siap, duit takde nak sambung belajar, kereta asyik rosak, simpanan takde, duit tak cukup nak beli rumah, harga rumah mahal, takde sapa bawak U2 masuk Malaysia dan macam-macam lagi. Semua ni aku dah pening kepala nak layan, apa aku nak kisah tentang pemilihan kerajaan ni kan?

Itu lah yang aku pernah fikir dahulu. Padahal semua jawapan kepada soalan-soalan aku tu termasuk hal konsert rock pun kerajaan memain peranan. Cuba fikirkan.

Pernah dulu, sebelum pilihanraya 2013 aku dengan beberapa orang kawan duduk kedai kopi, macam ramai orang suka buat di Malaysia sejak azali lagi dan bincang tentang parti politik, tentang sapa bakal calon dan banyak hal berkaitan. Macam kami ni pakar je.

Dalam kumpulan kami ni ada sorang pakcik tua yang rajin join. Dia pun pung pang pung pang, komen pasal gomen negeri, persekutuan, semua benda dia tak puas hati.

Last-last, pada minggu nak mengundi tu kami tanya lah kawasan mengundi masing-masing. Aku yang dah berhijrah ke KL ni cakap aku kena balik Ampangan, Seremban untuk mengundi sebab IC aku kat sana dan tak tukar tempat mengundi lagi. Kami tanya kepada pakcik tu “Pakcik mengundi di mana nanti?”

Selamba je pakcik tu jawab “Aku tak daftar mengundi lagi.”

Semua senyap tak tahu apa nak cakap. Terkedu.

Korang yang ada banyak pendapat, selalu bagi opinion di Facebook, Twitter dan Instagram tu, kalau belum mendaftar mengundi, pegi lah. Kalau kau nak buat undi rosak pun semasa di peti undi nanti lantak kau lah.

Yang penting, pegi lah mendaftar. Baru lah kau ada suara.

Khairul Anuar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Berbeza Agama Sepatutnya Jadikan Kita Lebih Saling Hormat

Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negeri Jepun (Tanpa JPA)