in ,

Kenali My Set iPhone Sebelum Kau Menangis Sebab Tersalah Beli

Gambar : FB Mohamad Rahmat Tauhed

Tahukah tuan?

Sebelum kau membeli iPhone 7 Edition yang baru ataupun second user atas tangan orang, ada beberapa perkara kau perlu telitikan.

Kau mesti pernah dengar Machine/Switch, dan Authorised Reseller daripada Apple, yang bersepah-sepah dalam Malaysia ni. Macam biasa, orang Malaysia di gembar-gemburkan tentang My Set.

Set mana bukan point nya. Yang “jahat”nya, pembelian atas tangan orang ini ada trick jahat. Satu, memang betul dari reseller macam ini kita gelarkan retail unit, dan satu lagi daripada telco unit. Pembelian telco unit ini yang bahaya.

Retail unit selamat diguna pakai sesiapa saja sebab tiada kaitan dengan company yang lain, tapi telco unit kita membelinya secara “package” daripada telco unit, pembelian pakej melibatkan kontrak masa, 1 tahun atau bertahun-tahun.

Pembelian secara kontrak boleh melibatkan device yang kita pakai boleh kena block dengan pihak telco, jika first buyer tidak membayar balance hutang dengan pihak telco. Tengah pakai sedap-sedap, lepas 3 bulan kena block pula.

Kumpul duit bukan main lama, pakainya 3 bulan. Sekarang, mentaliti ketaksuban orang Malaysia dengan My Set dah macam apa dah. Hilang semua sifat berhati-hati bila cash ada dalam tangan. Buta mata, buta hati.

Kalau dapat seller yang baik bertanggungjawab, boleh lagi sembang. Kalau seller yang, “kau dah tabur duit, lantak kau lah!” yang ini.. Sabar, kumpul duit lagi.

Permasalahan kat sini, set mana tu bukan kepentingan, kau kena tahu dia import set, original or second, macam mana kau tahu status iPhone kau tu.

Harga murah belum tentu boleh pakai lama. Jadi pelanggan tu, pentingkan kualiti bukan kuantiti. Biar mahal, asalkan berbaloi.

Ini adalah caranya untuk check ke-validation iPhone baru, takkan nak bagi tahu. Kalau ada kawan kau yang berniat untuk beli iPhone 7plus, tag dia kat sini. Bolehlah baca dan hadamkan elok-elok sebelum kau beli. Terima kasih.

Mohamad Rahmat Tauhed

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ke Mana Ringgit Telah Pergi

Kisah Pak Putih dan Mak Itang, Pencuri Duit Tabung Masjid