in ,

Kawan Sampai Mati Dan Jangan Jadi Babi

Ada je dalam kalangan kawan kita yang tak ngam antara satu sama lain.

Benda ini terjadi pada aku. Ramai yang ambil pendekatan buat baik dengan 2-2 belah, “ah, korang gaduh, itu hal korang, aku tak nak campur. Aku dengan kau tak ada hal.”

Bagi aku ini tak betul. Apa yang bagi kelebihan pada kau, kau ambil. Padahal kau tahu, kalau borak dengan kawan sini, kawan sana terasa. Kalau kau borak dengan kawan sana, kawan sini memendam rasa.

Tugas kau selaku kawan kepada kedua-dua, cari titik, cara masa, untuk mendamaikan mereka berdua. Tanya sini apa masalah, tanya sana macam mana boleh mula. Dengarkan dua-dua, cari solusi, kalaulah mereka pernah berkawan, pasti tak ada masalah nak berbaik semula. Dan kalau mereka bergabung, pasti lebih power. Tak percaya, tanya Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Aku ada beberapa kawan, yang aku tau memang tak ngam dengan each other. Tapi aku setiap hari berusaha nak temukan mereka. Bincang selesaikan. Memanglah kau akan pening sikit, tapi itulah namanya kawan, bukan?

Dan, paling penting, janganlah kau jadi Babi. Macam mana Babi ni? Bila kawan kau bergaduh, kau tolong tambah rencah, perangatkan kedua-dua belah. Seronok je buat benda macam tu, aku perhati. Padahal dua-dua kawan kau tu.

Berkawanlah sampai mati. Jangan berkawan sebab kau tak ada duit, baru kau cari. Itu kau yang patut pergi mati.

Mutalib Uthman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bagaimana Casio F-91W Menjadi Jam Tangan Paling Merbahaya Di Dunia

Selamat Jalan Sridevi