in ,

Kau Yang Suka Minum Kopi RM15 Segelas Hari-hari Elok Baca Ini

Pagi tadi aku ke AKPK. Ya- agensi yang bantu strukturkan hutang kalau kau ada masalah kewangan.

Tujuan aku ke AKPK bukanlah kerana hutang sudah bertimbun.(Walaupun aku ni belanja boleh tahan juga sejak ada kad kredit,)

Tetapi aku ke sini untuk membincangkan isu golongan B40 (berpendapatan rendah) yang jatuh muflis.

Mereka yang jatuh muflis ini biasanya rumah dah kena lelong. Maknanya mereka sudah kehilangan satu-satunya tempat tinggal mereka.

Pada aku, hilang tempat tinggal ini satu perkara serius. Kosnya bukan sahaja dari sudut ekonomi, tetapi akan wujud kos sosial dan juga politik.

Aku yakin ramai di kalangan kita yang tak boleh terima kalau negara maju tetapi masih ramai yang tak ada tempat tinggal.

Dipendekkan cerita, semasa tengah memikirkan solusi bagaimana perkara ini boleh ditangani, rakan aku di Parlimen mencadangkan agar kami bertemu agensi AKPK. Katanya- di sana boleh dapat ‘verified data’.

Jadi, rakan aku itu pun aturkan perjumpaan bersama CEO AKPK- En Azaddin serta Pengurus Besar Operasi- Pn Fazleen.

14566380_10153970504171149_4992122907981243982_o

Seperti yang dijanjikan, jam 11 pagi, aku tiba di Menara TH Perdana dan disambut oleh En Halil- Pengurus Komunikasi AKPK.

Dalam bilik mesyuarat, kami bincangkan senario golongan B40 yang ada masalah hutang sehingga rumah kena lelong.

Aku kongsikan perihal sindiket pelabur hartanah yang suka betul beli rumah lelong kos rendah dan rumah mampu milik. Mereka suka rumah begini kerana harga asalnya sudah disubsidi.

Jadi, bila pembeli rumah tersebut (yang merupakan golongan B40) terpaksa lelongkan rumah itu, mereka menghidu peluang untuk kaut untung berlipat kali ganda.

Yelah, kau bayangkan rumah harga RM100,000 tetapi harga pasaran adalah RM180,000. Bila bank nak lelong, rumah tersebut boleh dibeli serendah RM70,000. Ha, kiralah berapa banyak untung boleh dapat,

Nak pula ada pegawai bank korup yang jual senarai rumah bakal kena lelong kepada pelabur-pelabur ini. Jadi, mereka boleh buat ‘deal’ dengan peminjam yang tersepit ini sebelum rumah itu masuk ke proses lelongan.

Aku rasa perkara ini tak beretika- walaupun tidak menyalahi undang-undang.

Oleh itu kami berbincang apakah yang boleh dibuat dari segi mandat dan peranan AKPK. Ada yang boleh dan ada yang bukan bidang tugas mereka. (Yelah, kami datang pun untuk dapatkan data dan input).

Bercakap tentang data, ada data yang menarik dari AKPK.

Rupanya sebanyak 61.8% yang ada masalah hutang ini adalah golongan B40 yang bergaji kurang RM36,000 setahun.

Lebih separuh (52.25) yang ada masalah hutang adalah orang Melayu.

Majoritinya mempunyai masalah hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Secara puratanya, setiap mereka yang datang ke AKPK mempunyai hutang sebanyak RM67,000.

Banyak gila! Sebab ini adalah hutang ‘unsecured’ tau. Hutang rumah, ASB dan kereta tak masuk. Ini ‘purely’ hutang kad kredit, pinjaman peribadi (dan hutang Ah Long).

Apalah yang kita akan lakukan kalau ada hutang ‘unsecured’ sebanyak itu? Kalau hutang rumah, bolehlah lagi jual rumah. Kalau hutang peribadi? Nak jual peribadi? haha

Mujurlah ada agensi macam AKPK yang bantu strukturkan hutang diorang ini. Bukan setakat tolong strukturkan dan runding dengan bank, siap tolong kutipkan bayaran bagi pihak bank lagi sebab mereka tahu peminjam yang ada masalah ini selalunya segan dengan bank.

Elok jugalah ada AKPK ini bantu orang ramai urus hutang sebelum jatuh muflis, Aku rasa anak muda sekarang yang gaya hidup sekarang acah-acah mewah eloklah ke sana untuk belajar uruskan kewangan.

Minum kopi di kedai hipster pun bayar RM15 segelas setiap hari, janganlah kata kewangan kau sempurna. Bukannya kau ada RM53 juta dalam almari di rumah. Haha!

Jadi inilah kisah hari ini.

Radzi Tajuddin
Tak Suka Pelabur Beli Rumah Murah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Apabila Kita Rajin Menasihati Orang Lain, Nasihat Itulah Yang Tuhan Gunakan Untuk Menguji Kita

Jagat Filem Terbaik Pilihan Pengkritik Filem KL