in

“Kau Tengok, Brader Ini Sanggup Kerja Di Pizza Hut Demi Ibu Ayah.”

“Tak apa abang, ini saya belanja,” kata anak muda ini dalam pelat Sabah yang pekat.

Rasa marahku jadi reda sedikit. Walaupun aku tak jamah pun dua gelas air terhidang di depan mata, tapi aku nampak usahanya nak pujuk kami sekeluarga. Tidak lama lepas itu, beliau datang lagi. Kali ini dengan dua mangkuk mushroom soup.

“Ya bang, saya belanja juga. Asalkan abang sudi tunggu,” jelas beliau. Senyum anak aku si Satrya dapat hirup sup selepas beberapa kali mengadu lapar.

Kali ini aku betul-betul rasa keikhlasan beliau. Jadi tertanya-tanya pula. Siapa dia ini? Apa pangkatnya? Kenapa dia bersungguh sangat ni?

Kisahnya, Ahad lalu aku ke Pizza Hut AEON Taman Equine. Satrya baru nak sihat, dan dia teringin nak makan pizza. Kami tunaikan hasratnya.

Sebaik duduk dan pesanan kami diambil oleh seorang pelayan wanita, kami tunggu. Aku sibuk layan Satrya dengan mainan lorinya, hampir 20 minit, tiada satu pun pesanan kami sampai ke meja.

Kami mula perasan, orang yang tiba selepas kami pun dah dapat makanan mereka. Isteri aku mula tanyakan pada aku, tapi aku suruh sabar. “Nanti sampailah pesanan kami kita,” aku kata.

Masuk hampir ke 30 minit, Satrya pun dah beberapa kali mengadu lapar, dia dah bosan main gamaknya. Di waktu inilah anak muda ini lalu di tepi meja kami dan perasan kami belum dapat apa-apa.

“Abang dah order?” tanya beliau. Aku jawab ya, dan mulalah episod kalut bila anak muda ini perasan bahawa pesanan kami tidak ada pun dalam sistem.

Para pelayan mula bertanya sesama sendiri, siapa yang ambil pesanan, semua berkerumun di depan terminal POS. Nampak macam hangat diskusi mereka.

Anak muda ini kemudiannya datang ke meja aku, beritahu pesanan tak masuk sistem. Aku pastinya hangat hati.

Aku ajak isteri keluar kedai, beliau pujuk kembali sebab kasihankan Satrya yang mengidam makan pizza. Atas sebab itu sahaja, aku sabarkan diri.

Kemudian datanglah anak muda ini dengan dua gelas air, diikuti dua mangkuk sup cendawan. Dan bermulalah episod anak mata aku mengekor ke mana sahaja dia pergi, lihat caranya melayan pelanggan.

Senyum tak pernah lekang di bibir. Aku perasan percakapannya orang lambat tangkap sebab telor Sabahnya pekat, dan apa yang paling penting – ringan tulang! Berdesup dia ke sana sini buat kerja.

Setiap kali dia lalu sebelah meja aku (sebab itu laluan ke dapur) pasti dia akan tegur dan nyatakan order is on the way.

Beliau sendiri hantar pesanan-pesanan aku ke meja, dan kami makanlah dengan gembira.

Sempat aku tangkap dia sebentar sebelum pulang. Sembang sedikit dan inilah kisah beliau.

Namanya Safri, berpangkat ‘trainee’ di sini. Asal dari Lahat Datu, Sabah. Bukan dekat-dekat pekan, tapi rumahnya dalam beberapa puluh kilometer dari pekan.

Siswa peringkat diploma di Kolej Universiti Segi. Beliau bekerja sebagai pelayan Pizza Hut kerana nak kumpul wang bawa ibu dan ayah ke Kuala Lumpur untuk hadiri majlis graduasi tak lama lagi.

“Sebab itu kena kerja sikit bang. Kuat sikit kena kerja. Saya mahu ibu ayah ada di sini nanti waktu majlis (graduasi),” cerita Safri.

Anak muda seperti Safri membuktikan pada aku bahawa kita masih ada generasi pelapis negara yang berkualiti. Daripada kisah ini pun kau boleh perhati, customer service beliau, memang kelas VIP.

Kerah keringat untuk bawa keluarga ke sini buat aku tenung sejenak, pengorbanan ibu ayah aku sampai aku boleh belajar tinggi dan berada di tahap ini sekarang.

Kalau ada orang besar-besar di Pizza Hut sedang baca post ini, pesan aku jagalah aset-aset seperti Safri. Kalau terlepas, kau orang yang rugi.

Buat Safri, teruskan niat suci kamu dan semoga maju jaya dalam hidup.

 

Ali Imran Basikal Oren

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

“Ingatan Buat Kaki Rakam, Kaki Share Dan Kaki Komen Rumah Tangga Orang, Tunggulah Saat Kau Pula.”

“Yang Suka Kecam, Pasti Ke Perkara Macam Ini Tak Terjadi Pada Kau?”