in ,

Kau Tak Akan Berjaya Hanya Dengan Akademik Cemerlang Sahaja, Dik!

1. Dalam pendidikan, kita ada murid akademik dan non-akademik. Murid akademik cenderung pelajaran akademik manakala murid non-akademik tidak cenderung pelajaran akademik. Ini yang kita bahagikan sekarang menurut ‘kelas hadapan’ dan ‘kelas belakang’.

2. Murid akademik ‘kelas hadapan’ disiapkan untuk subjek-subjek ‘berat’ seperti fizik, kimia, add maths supaya mengisi ruang kekosongan pekerjaan profesional seperti jurutera, doktor, lawyer. Teras pendidikan mereka adalah penyampaian ilmu melalui buku dan penilaian ilmu melalui peperiksaan bertulis. Mereka ini dikira ‘pandai’ dan mampu belajar menggunakan pendekatan akademik ini.

3. Namun, dalam masa yang sama, murid non-akademik ‘kelas belakang’ juga disiapkan untuk subjek-subjek melalui corak yang sama iaitu penyampaian ilmu melalui buku dan penilaian ilmu melalui peperiksaan bertulis. Walaupun mereka tidak menunjukkan minat untuk ‘belajar guna ilmu buku’, mereka tetap dikerah melalui corak ini sepanjang 11 tahun pendidikan di sekolah.

4. Akibatnya, murid akademik cenderung berjaya manakala murid non-akademik cenderung gagal.

13445385_10209759399925439_8976745355135872538_n

5. Akan tetapi, kita tetap menggunakan sumber tenaga guru, kewangan dan fasiliti untuk ‘memaksa’ mereka melalui corak pendidikan yang sama. Berapa banyak kos dibelanjakan untuk tujuan mendidik dengan cara ini? Tenaga guru dikerah untuk tujuan mendidik dengan cara ini?

6. Persoalannya, adakah cara ini cara yang efektif serta efisien? Atau cara ini hanya menjadikan sekolah sebuah tempat yang boring.

7. Analogi haiwan sering dipetik. Seekor kera, ikan, harimau, beruang dan gajah dinilai tahap intelek mereka melalui pertandingan memanjat pokok. Siapa dikira paling cerdik? Adakah ini cara penilaian yang paling baik?

8. Hakikatnya pendidikan kita sedang mengalami pembaziran dan burn-out yang membimbangkan. Untuk menyediakan murid ‘kelas belakang’ menghadapi peperiksaan yang mereka tak nak dan tak kisah pun nak duduk, adalah sesuatu yang memenatkan. Bukan saja fizikal malah mental. Mengapa kita perlu memaksa keadaan ini?

9. Bagaimana jika sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid? Membuat latihan praktikal. Belajar benda baru. Belajar tentang dunia. Mendalami hobi dan bidang yang diminati mereka. Tempat mereka diberikan peluang, bukannya dipaksa membuat sesuatu yang mereka mahu lakukan.

10. Kebanyakan murid ‘kelas belakang’ mempunyai rumahtangga yang bermasalah. Cara untuk tackle mereka ialah jadikan sekolah tempat yang mereka mahu pergi. Ubah pendekatan. Fokuskan projek, aktiviti dan perkembangan minat sebagai keutamaan.

13406908_10209759401765485_1349553042282506407_n

Zaman sekarang akademik tidak lagi mampu menjamin masa depan. Yang lebih penting adalah skills dan attitude.

Faiez Ali

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Ada Bakat Tapi Tidak Tahu Cara Nak Kembangkannya?

Lepas 3 Hari, Orang Pedulitaik Insiden Go Kart Bunuh Penonton