in ,

Kau Perlu Tonton Filem KL Special Force Yang Maha Dashsyat Ini!

Jika aku perlu gambarkan filem ini dalam satu perkataan, maka aku akan pilih — DAHSYAT. Kau nak tahu apa yang dahsyat?

KEDAHSYATAN

1. Filem ni tak ada sesi panas badan. Babak pembukaan terus kepada adegan maki hamun, tembak menembak, dan letupan! Orang putih kata “hit the ground running”. Adegan bergasak pun sangat intense.

Kelajuan (pace) dan intensiti aksi dikekalkan sepanjang filem, kecuali di beberapa babak yang perlukan pace perlahan untuk capai kesan yang mendalam.

2. Walaupun ini filem aksi, bukan hanya ledakan dan lagak ngeri yang menjadi taruhan. Elemen utama yang menambat fokus penonton pada plot adalah elemen teka-teki yang merunsingkan minda.

Ada babak menanamkan satu tanggapan, mana kala babak berikutnya mencabar tanggapan itu tadi. Elemen ini diguna dengan baik. Ia buat penonton cuba berspekulasi dan berfikir. Hasilnya,106 minit terasa amat pendek.

3. Elemen teka-teki tidak dibuat semberono. Filem ini beberapa kali berubah hala, namun Syafiq benar-benar beri perhatian penuh pada setiap perincian, sehingga tiada kelompongan motif yang ketara.

Apabila sesuatu watak lakukan tindakan yang meragukan, ia kemudian disokong dengan latar belakang dan justifikasi yang jelas untuk setiap tindakan mereka. Diakhir filem, penonton akan berasa puas kerana hampir semua persoalan terjawab.

4. Syafiq selitkan unsur insani dalam filem ini. Ada elemen cinta, kepincangan keluarga, kepercayaan (trust), perjuangan dan kepentingan kerjaya, dalam naskah ini, menjadikan ‘dunia’ KL Special Force ini bernyawa. Rempah ini semua diadun pada kadar yang cukup rasa.

Tiada backstory yang membawa penonton melencong keluar dari jalan cita utama. Semuanya menjurus ke dalam dan mendokong jalan cerita utama. Malah backstory-backstory inilah yang menghidupkan filem ini.

5. Dato Rosyam Nor masih berbisa. Drama adalah makanan beliau, jadi mudah untuk penonton jiwai roh DSP Roslan. Beliau boleh buat penonton mengetap gigi kegeraman dan mengigit bibir menahan sebak (jujur aku kata, aku sebak. Haha.)

Oh ya! Bukan setakat drama je beliau mampu, ada lagak ngeri yang disempurnakan sendiri oleh aktor berumur 50 tahun itu. Salute!

6. Kalau kau tak suka Fattah Amin, kau kena tonton lakonan dia dalam filem ni. Aku rasa Syafiq (pengarah) sengaja memilih Fattah Amin untuk memanipulasi kebencian sesetengah orang terhadap pelakon itu untuk memberi perspektif paksaan kepada penonton, dan ia sesuatu yang menjadi.

Namun, ia tidak memberi impak negatif langsung pada Fattah Amin kerana dalam filem ini, beliau memberi persembahan yang sangat baik— tak kayu sangat. Serius! Beliau berjaya bawa watak Zul dengan baik.

KELEMAHAN

1. Sesetengah adegan aksi yang kelihatan ‘staged’. Ini kerana persekitarannya tampak terkawal (controlled environment). Jadi, babak tu kurang ‘kekecohan’.

2. Banyak sangat peluru tersasar, sedangkan sasaran tidak berselindung. Namun, sebagai filem aksi, bolehlah “tutup mata” sahaja tentang ini.

3. Ashraff membidik sniper berkaliber besar beralas tilam. Kalau dia sangga atas papan katil, mungkin bidikan dia boleh lebih tepat. Hehe.

4. Visi Ashraff dan Anarkis ditonjolkan terlalu lewat. Jika letak awal sedikit, boleh penonton berspekulasi tentang motif visinya itu sebelum ia dihuraikan di akhir cerita.

5. Ini citarasa peribadi: Filem ini rohnya “deep”, namun color grading filem ni tidak menonjolkan mood berkenaan, kecuali babak imbasan semula (flashback)

KESIMPULAN

Filem ini adalah filem kepolisian SKOP Production yang diberi nafas baru. Syafiq Yusof memang terkenal dengan pengarah yang gemar bermain “mind game”, dan filem ini adalah permainan beliau yang paling matang setakat ini.

KL Special Force menyajikan elemen aksi dan drama yang seimbang, serta disokong oleh plot yang dinamik. Jadi, ia akan dapat memuaskan demografi penonton yang luas.

Kau orang kena tonton! Pasti berbaloi!

PENILAIAN : 8/10

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Bedah Filem

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Sebab Kenapa Pentingnya Menulis

Tandas Dan Taharah Di Negara Dunia Ketiga