in ,

Kau Ingat Senang-Senang Nak Mansuhkan GST?

Gambar: Malaysian Access

Adik, kakak, abang, makcik dan pakcik sekalian.

Politik, politiklah juga. Adab dan budi bahasa jagalah. Dok sibuk canang maruah Melayu hilang bila PH jadi kerajaan ni, awak sendiri tak mercerminkan Melayu yang bermaruah.

Nak berhujah biar matang dan bijak. Kalau tak tau sangat, tak payah berlawan cakap sampai tahap keluar semua ayat yang budak sekolah baca pun malu. Jadilah contoh Melayu bermaruah. Tulis dengan sopan dan berhemah.

Kawan ni kata “aku nak tengok, GST tu mansuh ke tidak dalam 100 hari.”

Kawan tu pula jawab “tadi aku pi reload touch and go tengok resit tak kena GST dah.”

Aduh!

GST tu dikenakan bawah Akta apa? Pi cari dulu, baca dan faham. Macam mana dia nak implement akta tu, baca dulu, bukan terus bawa pi Parlimen terus bentang, hari ni bentang, hari ni lulus.

Menteri bawa usul (Rang Undang-Undang) – kira macam Draf Akta lah ni senang faham. RUU bentang, bahas, tambah baik mana patut.

(Rujuk gambar untuk lihat perjalanan sebuah akta itu)

Jadi kalau nak pinda/mansuh, proses dia bukan sehari dua juga kak oi. Kena bawa pi Parlimen dulu. Parlimen ada dua. Satu Dewan Rakyat, satu Dewan Negara. Dewan Rakyat tu dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya, Dewan Negara dilantik senator (dicalonkan oleh Parti masing-masing).

Jadi saya pun tak tahu boleh ke PH capai misi 100 hari pertama depa nak mansuh GST ni? Mungkin Tun Mahathir ada caranya, saya bukan pegawai undang-undang, saya kurang arif. Tapi yang mana taksub sangat kata GST dah hapus tak lojik lah, Parlimen pun belum bersidang lagi untuk kerajaan PH ni.

Dah tu awat manifesto PH kata mansuh GST dalam 100 hari?

100 hari tu lebih kurang 3 bulan, kalau nak lalu proses pinda dan mansuh akta ni bukan sekejap juga, tetapi boleh dibuat, di Parlimen ada giliran-giliran Menteri bentang RUU, Pindaan Akta ni, jadi susunan giliran Kementerian boleh disusun agar Kementerian yang berkenaan bentang dahulu. Dan boleh juga dibuat, Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersidang serentak. Sidang Parlimen yang lepas (April) kedua-dua Dewan bersidang serentak. Dalam kes ini, sabar dulu, sebab Parlimen pun belum bersidang.

Pnut Syafinaz

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Sejarah “Cina Jaga Duit” Kerajaan Malaysia

Imelda Marcos Sang Mentor