in

Jangan Malu Baca Artikel Ini Jika Mahukan Anak.

Tak banyak orang tahu yang aku mengandungkan Anggun selepas kami mencuba secara konsisten selama lebih kurang 6 bulan. Masa tu tempoh perkahwinan baru setahun lebih. Sebab rimas diasak soalan bila nak beranak, aku buat keputusan untuk jumpa Pakar Obstetri & Ginekologi (O&G). Lagipun aku fikir, takkan umur dah 50 tahun baru nak hantar anak masuk darjah satu.

Secara purata, wanita akan mengandung dalam masa 6 bulan selepas berkahwin (kecuali jika merancang keluarga). Jadi tak perlu nak malu la kalau nak jumpa O&G selepas 6 bulan berkahwin. Lebih2 lagi kalau si isteri tahu yang dia mungkin bermasalah. Macam kedatangan haid yang tak teratur, kesakitan teruk ketika haid setiap bulan dan sebagainya. Tak perlu tunggu sampai 5-6 tahun dengan berpegang kepada “belum ada rezeki” sedangkan kau tak pernah buat pemeriksaan.

Suami selalunya agak ego bila isteri ajak buat pemeriksaan. Risau kalau-kalau dia yang bermasalah. Malu dilabel mandul. Tapi kau tahu tak, aku dah lalui semua proses tu. Dalam semua proses tu, suami hanya buat satu ujian sahaja. SATU. Pemeriksaan kuantiti sperma. Malah doktor langsung tak menyentuh si suami. Keluarkan air mani, hantar ke makmal dan BOOM! Tunggu sahaja keputusannya. Jadi kalau kuantiti sperma okay, itu sahaja. Kalau kuantiti sperma kurang, mereka akan ke proses seterusnya. Proses seterusnya tu apa aku tak tau sebab suami aku tak perlu nak buat.

Untuk isteri, aku tak berapa ingat secara terperinci proses tu. Tapi untuk temujanji pertama dengan pakar, dia tanya sikit2 macam kitaran haid dan sebagainya. Lepas tu dia check rahim (bukan Rahim R2, tak kelakar ok). Dia masukkan alat melalui faraj untuk check rahim tu ada sista (cyst) ke, fibriod ke. Nasib baik aku takde masalah. Lepas tu doktor bagi surat rujukan untuk buat ujian HSG sebab dekat hospital tu takde kemudahan untuk buat test tu.

Aku ambil sedikit masa untuk buat ujian HSG tu sebab aku mencari hospital yang ada doktor perempuan untuk buat test tu. Nasihat aku, kalau kau berkemampuan, carilah hospital yang sediakan doktor perempuan untuk semua proses ni. Kau tak akan rasa selesa kalau doktor lelaki yang pegang bahagian sulit tu. Ujian HSG ni basically ujian untuk check tiub Fallapio ada tersumbat atau tak. Dia akan masukkan pewarna (dye) ke dalam tu. Tiub Fallapio ada dua. Jadi, kalau satu tersumbat, satu lagi boleh berfungsi dan tak ada masalah untuk mengandung.

Dalam semua proses tu, ujian HSG adalah yang paling sakit. Sebab aku tak biasa dengan kesakitan semasa haid yang kuat, so ujian ni sangat menyakitkan. Bukan lepas ujian siap terus hilang sakit. Sakit sampai malam tak hilang lagi. Kalau sakit perut, boleh la sapu minyak angin. Ini sakit dekat belah dalam. Untuk ujian HSG ni, keputusan dapat lepas 30 minit. Aku punya tiub Fallopian dua dua takde masalah.

Lepas dah ada keputusan, aku tetapkan temujanji lain dengan O&G. Dia terangkan tentang keputusan kuantiti sperma and HSG. Aku dan suami dua2 tak ada masalah. Lepas tu kalau tak silap aku, doktor mintak aku datang balik hari ke 14 kitaran haid aku bulan depan untuk pemeriksaan seterusnya. Jadi perjumpaan seterusnya lepas doktor terangkan semua, dia bagi preskripsi aku ambil satu suntikan. Suntikan Pregnyl. Cucuk kat punggung. Pregnyl tu akan berfungsi dalam tempoh 24-48jam selepas suntikan. Jadi faham faham la apa kau kena buat dalam tempoh tu dengan pasangan kau. Kalau tak, membazir jela.

Lepas suntikan Pregnyl, kau akan dapat tahu, berjaya atau tidak mengandung selepas 2 minggu. Atau mungkin lebih sebab kalau buat ujian air kencing awal2 mungkin result akan negatif. Jadi jika kau datang bulan lebih lewat dari kebiasaan, TAHNIAH! Alhamdulilah, aku mengandung hanya selepas satu suntikan Pregnyl.

Jadi nasihat aku kepada pasangan yang dah kahwin agak lama dan masih belum ada anak, bolehlah call mana2 hospital untuk buat temujanji. Tak perlu tunggu sampai 5 tahun baru nak jumpa doktor. Mungkin masa tu dah terlewat. Aku perempuan, jadi aku tahu macam mana rasanya mak mertua, makcik, tok nenek dan jiran tanya bila nak mengandung? Yang dah jumpa doktor tapi masih belum ada rezeki, teruskan berusaha. Rezeki ni bukan datang dalam bentuk anak je. Tuhan bagi rezeki ni macam2.

Rozana Tumirin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

“Walau Ayah Saya Buta Mata Sebelah, Tapi Dia Parking Kereta Lagi Terror Dari Saya.”

Filem Hindustan Bukan Setakat Ada Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan Je Ye Adik-Adik Sekalian