in ,

Idola Harta Rampasan Perang

Ini mak aku, Puan Hajah Azimah Napis. Dia sedang duduk di meja VIP Diamond Jubilee Charity Dinner Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Dia batch pertama sekolah asrama penuh tu. Dia rajin cerita pengalaman dia bersekolah di sana. Aku dengar je lah kisah dia sebab dia memang rajin berborak mengenainya.

Kisah dia menumpang asrama dan fasiliti Sekolah King George V di Seremban dan kawasan Durian Daun. Bagaimana dia diajar oleh bonda Sultan Perak, Permaisuri Bainun, yang sedang mengandungkannya. Kisah berkelah beramai-ramai di Teluk Kemang lengkap berkebaya. Malahan, mak aku juga memberitahu skandal di sekolah termasuk masalah lesbian di kalangan mereka.

Aku tengah menunggu dia di lobi hotel ni sebab bagi chan dia lepak dengan kengkawan sekolah, bergelak ketawa macam dulu-dulu. Lagi pun aku pakai baju tee gambar Darth Vader kena buli dengan storm trooper dan kasut koyak.

Memang dia ni aku akui hebat sebab selain daripada batch pertama STF, dia juga batch terawal Kolej Pertanian Malaysia yang sekarang namanya bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia. Di sana dia pernah kena buli mandi kolam taik lembu. Lepas tu dia kerja di Felda selama beberapa tahun. Pada umur 40 dia melabur dalam hartanah. Masa tu orang tak melabur dalam property pun lagi.

Dia ni idola hartanah dan perniagaan aku sebab aku dah study apa dia buat sejak dulu. Memang banyak boleh belajar daripada dia.Karakter dia ada dalam buku aku sama ada fiksyen (Pinjam) atau bukan fiksyen (Harta Rampasan Perang). Jawatan dia sekarang adalah Penasihat kepada PUDGi. Tanah di mana PUDGi wujud tu pun tanah dia.

Pelaburan yang mak aku buat cukup lumayan pulangannya. Dia dibantu dalam pelaburannya oleh bapak mentuanya (atuk aku) yang memberitahu tentang potensi tanah di Selangor. Pada masa mak aku membeli tanah di tempat seperti Sepang, Semenyih dan Seremban, harga yang dibelinya sangat rendah. Tak terjangkau di fikiran yang ia boleh mendatangkan pulangan ribuan peratus.

Selain daripada seorang yang berkelulusan, mak aku sering berpesan supaya sentiasa berbaik dengan semua orang sambil mengekalkan kawan lama. Itu yang dia sering memperkenalkan kepada aku kawan- kawannya yang telah menjadi rakannya sejak lebih enam puluh tahun lepas daripada STF dan kolejnya. Ini termasuk Cik Sri Siantan, penulis untuk Berita Harian yang dikenali ramai.

Malahan, hingga ke hari ini, mak aku masih mengunjung dan menerima lawatan rakan baiknya yang telah menjadi teman di asrama, sekolah, kolej dan tempat kerja. Alumni sekolah dan kolejnya cukup kuat. Aku yang bersekolah di asrama penuh pun bercita-cita untuk menjadi sepertinya.

Khairul Anuar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kisah Cinta Kau Macam Mana? Ada Power Macam Kisah Aku?

Cheapskate Tapi Nak Tengok Wayang Secara Halal?