in ,

Hypatia Tokoh Matematik Wanita Yang Harus Dikenang

Hypatia merupakan ahli matematik wanita pertama yang kehidupannya direkodkan dengan baik. Selain ahli matematik, Hypatia merupakan ahli falsafah dan ahli astronomi agung Mesir.

Hypatia digambarkan sebagai seorang yang jelita. Personalitinya juga sebagai seorang yang beradab, lemah lembut dan berprinsip.

Direkodkan, Hypatia tak pernah berkahwin dan tak pernah menggauli mana-mana lelaki walaupun ramai pelajar lelakinya cuba nak mengurat dia.

Ayahnya, Theon juga ahli matematik dan merupakan ketua di sebuah sekolah bernama Mouseion. Pendidikan awal dipengerahi oleh ayahnya. Kemudian, Hypatia dihantar ke Athens.

Theon mahu Hypatia menjadi seorang manusia yang sempurna. Jadi, Theon ajar anak dia macam-macam. Hypathia ini kira macam ‘beauty with brain’ la.

Dia ajar matematik, astronomi, falsafah dan mekanik. Kemudian, Hypatia menjadi ketua di Mouseion dan menjadi sekolah terbaik di sekitar dunia Greco-Roman selepas sekolah-sekolah di Athens.

Hypatia menganut falsafah Neoplatonism dan agama pagan, tetapi dia boleh bertoleransi dengan fahaman Kristian yang sangat kuat pada masa itu. Ramai para pelajarnya pun beragama Kristian.

Hypatia mendapat pengaruh dalam politik apabila dia mula membina hubungan para menteri di Alexandria. Kadang, kerajaan Alexandria meminta pandangan Hypatia dalam menyelesaikan suatu isu. Hypatia dianggap sebagai kaunselor.

Hypatia menjadi semakin popular dalam kalangan penduduk Alexandria. Benda ini sebenarnya memakan dirinya. Ketika berlakunya rusuhan politik, Hypatia diserang dan tubuhnya sehingga ke gereja oleh rusuhan ekstremis Kristian.

Hypatia dibogelkan lalu dibunuh. Tubuhnya dicincang dan serpihan-serpihan tubuhnya dibawa di sekitar kota lalu dibakar.

Kematian Hypatia sebenarnya telah mengejutkan ramai orang di sekitar empayar. Kematian Hypatia telah menjadikan generasi Neoplatonis selepasnya menyerang keras ajaran Kristian.

Masa kurun ke-18, Hypatia telah menjadi simbol penentangan terhadap Kristian secara keseluruhan. Walaupun macam itu, Hypatia juga tetap diangkat dalam kalangan Kristian juga dan menggambarkan Hypatia sebagai St. Catherine.

Ketika zaman moden, Hypatia telah menjadi simbol gerakan feminisim di sekitar Eropah.

Hypatia ada tulis karya, terutamanya berkenaan ulasan-ulasan terhadap pengetahuan matematik dan astronomi pada masa itu. Tetapi tak ada karyaynya yang selamat.

Dikatakan, Hypatia lebih menyerlah sebagai guru dan kaunselor berbanding seorang penyelidik dan saintis. Kisah Hypatia pernah difilemkan dalam filem bertajuk ‘Hypatia’.

Ketika zaman awal selepas masihi, kewujudan wanita seperti Hypatia sangat sukar untuk ditemui kerana wanita dianggap sebagai ‘lesser-being’ daripada lelaki.

Malah sehingga zaman Marie Curie kurun ke-19 pun wanita susah nak dapatkan pendidikan. Apatah lagi zaman awal kurun ke-4.

Selamat Hari Wanita Sedunia!

Zamir Mohyedin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

16 Fakta Babi Hutan Yang Kau Perlu Tahu

MH370: Dalam Mengenangmu