in ,

Filem-filem Mengenai Korupsi Yang Mungkin Kau Sendiri Tak Pernah Tonton

Negara baru-baru digemparkan dengan kes rasuah yang sukar untuk dimaafkan. Rasuah di Malaysia bukan lagi boleh dianggap sebagai persepsi, malah menjadi realiti yang mengejutkan.

Justeru hari ini aku menyenaraikan 15 filem berkaitan rasuah, korupsi, salah guna kuasa dan kejelikkan integriti yang baik untuk ditonton oleh kita semua.

Senarai ini asalnya aku petik daripada portal hiburan The Hollywood Reporter.

 

14500256_10205582647445636_686702126037392984_o

WE STEAL SECRETS: THE STORY OF WIKILEAKS (2013)

Dokumentari arahan Alex Gibney ini menyelongkar kisah Julian Assange dan Wikileaks yang menjadi platform mendedahkan skandal dan rahsia besar negara-negara di seluruh dunia.

 

14559942_10205582649125678_3705131286264413126_o

MICHAEL CLAYTON (2007)

Kisah korupsi dalam sebuah syarikat kimia yang melakukan pencemaran sehingga menjejaskan masyarakat setempat dan penglibatan seorang peguam yang cuba diupah untuk menutup apa yang berlaku.

 

14556530_10205582649685692_5066391771004174060_o

ALL THE PRESIDENT’S MEN (1976)

Filem Alan J.Pakula ini pula mendedahkan mengenai korupsi yang berlaku di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon.

 

14566398_10205582649885697_3536561521490154791_o

THE CONSTANT GARDENER (2005)

Isteri seorang diplomat British di Kenya lakonan Rachel Weisz terbunuh ketika cuba mendedahkan salah laku dalam sebuah syarikat farmaseutikal. Suaminya lakonan Ralph Fiennes pula bersedia mencari kebenaran di sebalik tragedi yang berlaku.

 

14633220_10205582650205705_3557155871954244354_o

THE MOST DANGEROUS MAN IN AMERICA: DANIEL ELLSBERG AND THE PENTAGON PAPERS (2009)

Sebuah dokumentari arahan Judith Ehrlich dan Rick Goldsmith mengenai penganalisis ketenteraan Daniel Ellsberg yang mendedahkan kepada media dokumen rahsia tentang penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam. Dokumen berkenaan lebih dikenali sebagai Pentagon Papers.

 

14524383_10205582650685717_1153489536772789946_o

ERIN BROCKOVICH (2000)

Filem arahan Steven Soderbergh dan menampilkan lakonan hebat Julia Roberts ini mengisahkan tentang usaha seorang kerani perundangan menemukan bukti mengenai salah laku sebuah syarikat gas dan pembekalan elektrik yang mengancam nyawa orang awam akibat pencemaran yang dilakukan.

14566334_10205582651245731_1490976223293606999_o

THE INSIDER (1999)

Michael Mann tampil dengan sebuah filem yang dramatik dan mendedahkan isu berkaitan amalan salah laku dalam industri rokok sehingga mengancam nyawa masyarakat semata-mata untuk mengaut keuntungan.

14525042_10205582651685742_173115398502360756_o

NORTH COUNTRY (2005)

Kisah perjuangan pekerja lombong wanita yang berjuang menuntut keadilan terhadap penderaan fizikal dan lisan yang dilakukan rakan sekerja dan penyelia atasan ke atas mereka. Filem ini dilakonkan oleh Charlize Theron dan Frances McDormand.

14590078_10205582652365759_7065438076995404400_o

ON THE WATERFRONT (1954)

Filem klasik arahan Elia Kazan ini menampilkan Marlon Brando dan Eva Marie Saint sebagai pelakon utama. Filem ini menyentuh mengenai gejala korupsi di kawasan pelabuhan Hoboken di New Jersey yang turut melibatkan kesatuan sekerja.

14612574_10205582652805770_8450401824766284982_o

PRINCE OF THE CITY (1981)

Sidney Lumet tampil dengan filem berkisar gejala korupsi dalam kalangan polis.

14589732_10205582653165779_5283072164585382669_o

SERPICO (1973)

Filem arahan Sidney Lumet ini menampilkan lakonan hebat Al Pacino sebagai seorang pegawai polis yang melakukan penyamaran untuk mendedahkan korupsi dalam pasukan polis.

14525065_10205582653445786_3605401226373701664_o

SILKWOOD (1983)

Filem arahan Mike Nichols ini mengisahkan mengenai pendedahan bukti salah laku pengurusan kilang plutonium sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran radiasi yang membahayakan.

14481786_10205582653885797_7686551985498146076_o

THE FIRM (1993)

Filem arahan Sidney Pollack ini pula menyentuh mengenai isu-isu berkaitan dunia peguam yang turut terkait dengan skandal dan isu-isu korupsi.

14560201_10205582654205805_5124730025979113702_o

THE HARDER THEY FALL (1956)

Filem Mark Robson ini pula mengisahkan skandal mengatur perlawanan tinju yang turut melibatkan kegiatan menindas peninju termasuk bayaran murah yang diperoleh mereka. Filem ini memberi fokus kepada gejala korupsi dalam sukan.

 14633107_10205582654485812_4863023904774385850_o

THE CHINA SYNDROME (1979)

James Bridge melalui filem ini membawakan kisah stesen janakuasa nuklear yang berdepan masalah, namun masalah berkenaan cuba disembunyikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Antara Pembalakan Dan Ceramah 24 Jam

Pendidikan Itu Apa, Dato’ Menteri?