in ,

Fantasi Kereta Api Terbang 2020 Sudah Jadi Realiti

Di Malaysia, MRT laluan pertama sudah dibuka Disember lalu. Semalam, 16 Januari orang ramai sudah membayar untuk gunakan MRT setelah sebulan dibuka secara percuma.

Di Los Angeles, sebuah syarikat dinamakan HyperLoop One sedang membina pengangkutan yang lebih dahsyat dan mega. Ini adalah sebuah projek di mana pengguna boleh bergerak dengan kelajuan kapal terbang tanpa perlu mengeluarkan wang yang terlalu banyak.

Bunyi macam biasa-biasa saja. Menariknya, ia adalah sebuah tiub. Iya. Tiub, atau paip yang besar. Macam dalam filem Sains Fiksyen tu. Penumpang masuk ke dalam pod, dan ia bergerak di dalam tiub tu. Fuh!

Hyperloop ni gunakan elektrik untuk digerakkan. Ini secara asas lah. Sukar aku nak sebut secara terperinci sebab aku bukanlah ada latar belakang kejuruteraan.

Ia mampu bergerak dengan senyap sehingga 1000 km sejam tanpa ada masalah turbulence. Laju betul. ETS pergi Padang Besar pun rasanya hingga 160 km sejam saja.

HyperLoop ni boleh capai kelajuan tu kerana pod pengangkut dalam tu terapung dalam tiub. Tak ada litar atau roda macam tren konvensional sekarang ni.

Tiub ni direka untuk bergerak secara automatik, senyap, atas permintaan (on demand) dan berlepas setiap 10 ke 20 saat. Tak dapat aku nak bayangkan betapa sibuknya sistem tiub ni. Betul-betul efisien. ERL ke KLIA pun setiap 20 minit. Itu dah kira pantas dah tu.

Mereka baru-baru saja lagi mulakan projek laluan HyperLoop ni, Mei 2016. Belum ada pun yang sudah beroperasi. Jangkaannya, awal tahun 2017 ni. Buat masa sekarang, pembinaan tiub penumpang dan kargo dah bermula di Amerika Syarikat, Finland, UAE, Rusia, Switzerland dan terbaru, India.

Semua idea yang bernas, luar daripada pemikiran orang biasa-biasa ini asalnya daripada Elon Musk, CEO kepada Tesla sekarang. Masa tu 2013 lagi. Musk tengah berborak dengan Shervin Pishevar (Chairman HyperLoop sekarang). Pishevar Tanya Musk, boleh tak dia realisasikan idea yang sebenarnya dah lama orang nak buat tapi tak buat-buat pun. Musk jawab, boleh! Yakin betul mamat ni.

7 bulan, terus Musk bentangkan projek ni. Cekap betul dia ni buat kerja. Bukan kecil-kecil anak punya projek. Sekejap saja dia siapkan.

Disebabkan Musk sibuk sangat dengan Tesla dan SpaceX nya, dia undurkan diri. Apa lagi, Pishevar teruskanlah impiannya ni. Dia panggil orang-orang power untuk join pasukannya. Sehingga sekarang, HyperLoop dah ada 200 orang. Dia juga bawa masuk pelabur-pelabur yang kaya untuk bantu dia dapatkan dana yang cukup.

Sehingga sekarang, syarikat ni dah ada sehingga 160 juta USD. Cukuplah kot nak uruskan kesemua projek mereka di negara-negara yang terlibat.

2020 adalah tahun mereka jangka untuk mula beroperasi sepenuhnya. Bolehlah kita nantikan tahun nanti bagaimana rupanya HyperLoop ni beroperasi. Betul-betul lancar atau sekadar indah sembang daripada rupanya.

Idea bergerak dalam pod ni bukanlah baru sangat. Kebanyakan filem Sains Fiksyen akan gunakan pengangkutan ni. Menggambarkan betapa majunya sistem tren manusia pada masa depan.

Perbezaan syarikat HyperLoop (bagi aku, watak utama ialah Elon Musk) dengan orang lain adalah mereka berani buat ketika kebanyakan kita anggap idea tu tak masuk akal pun.

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Main Facebook Pun Boleh Masuk Penjara

Jenis-jenis “Menunjuk” Yang Kau Perlu Tahu