in ,

Donald Trump Sebenarnya Penghapus Islamophobia?

Pernah tak kau menonton filem Lone Survivor. Mark Wahlberg berlakon. Kemudian ada pula jutawan poker playboy berlakon nama dia Dan Bilzerian. Kau jangan search instagram Dan Bilzerian depan mak ayah kau, mengucap panjang nanti.

Aku bukan nak sembang pasal Dan Bilzerian dan filem ni sangat pun. Cuma nak beritahu yang filem ini adalah dari kisah benar penaklukkan Amerika ke atas Afghanistan dan situasi yang bakal terjadi kepada negara-negara seperti Afghanistan ini.

Beberapa minggu lepas kita digemparkan dengan berita Presiden baru Amerika Donald Trump menghentikan rakyat dari beberapa negara masuk ke Amerika. Nama-nama negara ini tidak dikeluarkan secara rasmi oleh wakil white house, tapi proses sekatan kemasukkan ke Amerika sudah berkuat-kuasa serta-merta. Dengan kuasa media sosial, media bebas dan berkecuali, kita sudah tahu 7 negara islam yang dihalang rakyat mereka dari masuk ke Amerika.

Yang peliknya ada diantara mereka yang mempunyai 2 kerakyatan, kerakyatan Amerika dan negara islam tersebut. Golongan ini juga dihalang dari masuk ke Amerika. Sedangkan mereka yang mempunyai 2 kerakyatan ini tidak menjadi satu kesalahan di Amerika. Terkait dengan isu sekatan dan filem ini, filem ini mengisahkan kejadian benar dimana seorang tentera elit Amerika diburu oleh tentera dari parti Taliban di Afghanistan. Tentera elit ini kemudiannya diselamatkan oleh rakyat biasa, orang awam Afghanistan.

Orang awam ini adalah rakyat dan penduduk asal beragama islam di Afghanistan. Orang awam ini sudah membahayakan dirinya sendiri dan juga keluarganya demi menjaga kepercayaan dan pegangan hidup dari kaum dan agama beliau. Bukankah sepatutnya Mohammad Gulab bertindak membunuh atau membantu tentera Taliban?

Tanggal 30 Januari 2017. Seperti didalam gambar ini, seorang yang tidak kenali atau mungkin tentera elit Amerika itu sendiri Marcus Luttrell, berkumpul di hadapan white house sambil memegang signboard ‘My Muslim Friend kept me safe as i served America’. Disini bermulanya apa yang ingin aku sampaikan.
Selepas tersebarnya berita Gulab menyelamatkan tentera Amerika ini, militan Taliban mula memburu Gulab dan keluarganya untuk membalas dendam. Tujuan Gulab menyelamatkan tentera Amerika ini adalah disebabkan pegangan agama dan budaya kaumnya iaitu, membantu mereka yang memerlukan bantuan walau mereka itu musuh, yang tercedera harus dirawat dan hukuman bunuh harus dibicara terlebih dahulu. Akhirnya Gulab terpaksa meminta bantuan balas dari Marcus untuk dapatkan perlindungan dari Amerika.

Seperti Gulab, (rakyat Afghanistan yang menyelamatkan Marcus Luttrell dari tentera Taliban) ada beribu-ribu lagi orang islam yang memohon kerakyatan Amerika atau juga sudah memiliki kewarganegaraan dari Amerika Syarikat. Ada diantara mereka pernah membantu Amerika atau sekutunya dalam memerangi pemerintahan kuku besi, mereka diberi perlindungan suaka politik atau kewarganegaraan.

Pendapat aku, perbuatan ini tidak salah dan tidak boleh dilabelkan sebagai tali barut kepada orang islam. Jika itu pegangannya bahawa pemerintah yang digulingkan Amerika itu salah, itu adalah hak mereka. Jika ia berpendapat bahawa menyelamatkan nyawa tentera yang tercedera itu suci, kesucian itu hak miliknya.

Kita tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka sepanjang kehidupan dalam pemerintah kerajaan yang digulingkan Amerika itu. Aku bersetuju bahawa kerajaan Amerika penuh propoganda dan penuh tipu muslihat dalam mencapai kepentingan sendiri, tapi mahukah kita lihat dan terlibat dengan pemerintah Islam yang tidak adil dalam mengenakan undang-undang dan kesalahan menyalahguna kuasa?
Afghanistan tiada dalam senarai negara yang disekat, mungkin kerana kerajaan negara ini sudah menjadi pro Amerika. Tetapi Iran yang mempunyai bilangan yang ramai rakyatnya mempunyai kerakyatan Amerika menjadi salah satu negara yang disekat masuk ke negara Amerika.

Tujuan permohonan mereka ini adalah pastinya dari ideal “America Dream” yang menjanjikan bumi Amerika bumi yang bebas, peluang yang sama untuk mencapai kejayaan iaitu hak kesaksamaan, kehidupan yang lebih senang, keselamatan sosial dan setiap kaum hidup bersama tanpa sekatan. Mereka ini semua lari dari negara tempat kelahiran mereka demi mencapai kebahagian ini.

Sekarang kita sudah tahu, sebenarnya ramai orang beragama islam di Amerika. Tapi apakah mereka tidak sedar bahawa mereka sudah memilih negara yang salah untuk meneruskan hidup? Menurut CNN/ORC International poll, peratusan lebih dari separuh rakyat Amerika tidak bersetuju dengan kerajaan baru yang diketuai oleh Donald Trump. Apa yang membuatkan ini terjadi sedangkan Donald Trump memenangi majoriti pilihanraya lepas?
Tidak sebenarnya, peratusan keluar mengundi pada pilihanraya Amerika lepas adalah sangat lemah. tidak melebihi dari separuh penduduk Amerika keluar mengundi.

Maknanya disini, apa yang telah dilakukan oleh Amerika dalam membuat sekatan terhadap beberapa negara islam, tidak mewakili langsung dari suara majoriti rakyat Amerika sendiri.

Rakyat Amerika juga tidak mempunyai pilihan, memilih diantara Donald Trump atau juga Hillary Clinton. Jangan kita lupa, Hillary Clinton adalah bekas Secretary of United State dibawah Presiden Obama. Di dalam temuramah bersama Chuck Baldwin, Hillary terlepas cakap bahawa ISIS adalah organisasi yang ditubuhkan oleh Amerika untuk memerangi Soviet Union.
Kini organisasi ini sudah menjadi musuh dan berpaling tadah menjadikan Amerika sebagai musuh mereka.

Ini sahaja pilihan yang diberikan oleh rakyat Amerika untuk memilih Presiden mereka. Pilihan yang langsung tidak berpihak ke arah pendamaian. Ada yang beranggapan memilih Donald Trump sebenarnya lebih selamat dari memilih Hillary. Hillary sudah ada satu portfolio yang menunjukkan beliau ini terlibat dalam kerja licik melibatkan diri dengan keganasan, Donald Trump sebaliknya hanya bermain dengan kata-kata, belum ada satu gerakkan yang boleh mencetus peperangan.

Temuramah terbaru Donald Trump mengatakan, sekatan 7 negara Islam ini tiada kaitan dengan agama mahupun kaum. Ia dipilih berdasarkan negara yang bergolak yang memiliki puak pemisah dikuatiri boleh melibatkan Amerika ke kancah peperangan ini.

Rumusan dari penulisan ini, kita semua tahu setiap orang mahukan kebebasan beragama dan kehidupan yang aman tiada peperangan. Kestabilan politik adalah penting untuk setiap negara. Rakyat di Amerika mahukan negara yang selamat. Rakyat Amerika telah banyak kehilangan anak, suami, adik dan juga abang yang dihantar ke medan perang. Mereka sudah serik dengan peperangan. Kesedaran sudah mula ada dari rakyat Amerika. Dengan menjadikan negara lain musuh, mereka akhirnya terpaksa menghantar lagi ahli keluarga mereka ke medan peperangan.

Begitu juga dengan negara arab yang lain, sudah satu dekad sejak bermulanya Arab Spring lalu mereka terseksa dengan peperangan. Sudah banyak kehancuran yang berlaku disebabkan perbuatan pemimpin yang berebut takhta dengan mengunakan atas dasar kebebasan dan demokrasi.

Berhati-hatilah dalam memilih pemimpin, bermula dari memilih pimpinan kecil sekalipun. Mempercayai dan mentafsir masalah isu yang disampaikan oleh media juga penting untuk setiap rakyat sedar. Kita tidak tahu mungkin pergolakkan atau perperangan yang kita hadapi bukan disebabkan rakyat negara itu mahukan atau mempunyai perbezaan pendapat dan agama, tapi dirancang oleh ketua-ketua yang dipilih demi memenuhi propaganda untuk kepentingan sendiri atau pertubuhan rahsia mereka iihl2np.

 

Izzat Amir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Siapa Kata Susah Nak Keluarkan Duit Tabung Haji?

Mulakan Dengan Apa Yang Ada Dalam Tangan Kita, Anak Muda!