in ,

Cara Ambil Gambar Pro Gaya Wartawan

Kali pertama hantar gambar ke Unit Foto Bernama, kena belasah kow-kow dengan Shahrijon Jeffri sebab gambar buruk.

Tapi aku tak hati tisu. Aku tanya cara ambil gambar, dia dan ramai lagi geng foto ajarkan. Aku beli kamera bodo point and shoot Olympus paling murah di kedai sebab itu aja yang aku mampu waktu itu.

Dahulu, aku tak hantar gambar (untuk mengiringi berita) ikut emel. Aku sanggup turun ke tingkat dua, transfer guna USB. Buat sebab konon gambar saiz besar. Sebenarnya aku nak mereka komen gambar aku on the spot supaya aku boleh perbaiki kemampuan.

Sekarang, ada masa orang foto pun tanya, “Imran, dah lama tak hantar gambar?”

Memang ada masa aku dah malas nak angkut kamera, tapi kini aku kembali! Yeah!

3 petua rakam gambar ala wartawan:

1. Pantang nampak pungkok

Memang pantang tok nenek bila ambil gambar, menampakkan bahagian belakang orang. Cuba kau perhati gambar dalam surat khabar, gambar akan mempamer bahagian sisi tepi dan hadapan manusia sahaja.

Melainkan kes terpaksa barulah ada pengecualian. Kalau tidak, memang kau kena jerkah dengan OC.

2. Pergi dekat

Ada sekali aku ambil gambar kemalangan. Sampai ofis aku berbunga hati hantar gambar dan satu-satunya komen yang aku dapat adalah ,

“Ini takut-takut lagi ni…”

Sebabnya? Gambar yang aku ambil dari jauh. Memang aku takut pun nak pergi dekat. Dengan kereta terbalik, dengan berdarah-darah, maunya aku dok snap gambar kalau kereta meletup atau aku kena pukul macam mana?

Tapi itulah risiko yang diambil jurufoto, membahayakan diri untuk anda.

3. Gambar kena ‘hidup’

Kau ambil gambar pemandangan. Ada gunung, ada matahari, ada laut. Itu sahaja. Itu gambar mati.

Nak bagi gambar hidup, kena ada benda hidup yang menjalani kehidupan dalam gambar kita.

Jadi kalau kau ambil gambar gunung, matahari tenggelam di laut, pastikan masukkan juga gambar bot nelayan yang sedang membelah laut atau orang berjalan di pantai.

Ini mazhab yang aku pegang. Guna cara ini gambar aku dah masuk paper berapa kali dah walaupun pakai kemera cabuk point and shoot.

4. Ramah

Memang sukar nak dapat perfect moment.

Kena berani beri arahan kepada orang, hatta orang itu Yang Di-pertuan Agong sekali pun. Perdana Menteri apatah lagi.

Kau berhak beri mereka arahan untuk buat pose yang kau mahu.

Tapi biarlah dengan bahasa yang sopan.

Jadi untuk dapatkan keberanian itu, kau kenalah jadi peramah. Supaya kau dan subjek yang nak difoto itu selesa antara satu dengan lain.

5. Memory card pastikan dalam kamera, sentiasa bawa bateri spare

Bukan sekali, tapi banyak kali dah jadi, (zaman kamera tak canggih) fotografer pergi event, ambil gambar macam nak rak dan bila ballik ofis baru perasan kamera dia tak ada memory card.

Nangis weh.

Sama juga dengan bateri. Tengah event, PM dah di hujung laluan, kau dah siap dalam posisi terbaik, baru nak snap sekali kamera jadi blank. Gelap. Gelita.

Sebab bateri habis.

Tak ke naya.

Ok macam biasa aku janji nak bagi 3 tips tapi end up keluar lebih. Rezeki kau orang.

Ali Imran
Wartawan Awam yang tak pandai mana tapi suka nak berkongsi juga

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kuala Lumpur – Hatyai Dengan Bajet RM500? Tak Ada Masalah

Sebelum Nak Melancong, Pastikan Kau Selesaikan Hal Ini Dahulu