in ,

Buat Minyak Masak Sendiri Kalau Mahal

Jika dibandingkan dengan negara luar, cukai mereka jauh lagi tinggi daripada Malaysia. GST misalnya, di negara kita 6%, di UK yang depa panggil Value-added tax (VAT) adalah 20%. Namun setahu aku, VAT ni betul-betul dicaj kena pada tempatnya. Barangan keperluan makanan harian tak dikenakan VAT. Ni adalah info aku dapat daripada website GOV.UK:

“Food and drink for human consumption is usually zero-rated but some items are standard-rated, including alcoholic drinks, confectionery, crisps and savoury snacks, hot food, sports drinks, hot takeaways, ice cream, soft drinks and mineral water.Because certain food and drink is zero-rated, so are certain animals and animal feeds, and plants and seeds – if the animal or plant produces food that is normally used for human consumption”

GST di negara kita macam itu juga. Ada barang yang tidak dikenakan caj GST. Tapi masih ada banyak juga barangan kegunaan daripada kategori makanan harian yang dikenakan GST lagi. Mungkin disebabkan banyak barangan kita guna itu bukan produk dari dalam negara kita seperti gula melaka, minyak masak, kicap manis/masin, sos cili dan sos tiram.

Jadi kita kena perbanyakkan lagi produk tempatan yang berkualiti bukan hanya sekadar meniaga. Malah, perbanyakkan juga badan amal.

Sistem percukaian ini bagus sebenarnya. Membantu ekonomi negara. Cumanya mungkin sistem perlaksanaannya di negara kita yang belum lagi matang juga ketelusan mereka yang terlibat dalam melaksanakan sistem ini yang diharap bukan hanya tahu mengambil kesempatan untuk membina keuntungan.

Pun begitu, pelik bagi kita kenapa mereka yang dilantik untuk diwakilkan mengeluarkan kenyataan yang agak menyakitkan hati rakyat. Ya rata-ratanya sakit hati.

Namun begitu, apa yang aku perasan, kenyataan yang mereka berikan kononnya cara alternatif untuk mengelak daripada isu yang timbul (contoh: kenaikan harga barang) yang mereka syorkan itu adalah betul.

Dengan kenaikan harga minyak, tak pernahkah kita terfikir nak buat minyak masak sendiri untuk kegunaan kita sendiri? Kita pun dapat tahu macam mana ia dicipta, bersih atau tidak, berkualiti atau tidak.

Kawan aku ada cita-cita nak buat sistem elektrik utama rumah berasaskan solar. Kemudian dia nak sebarkan aplikasi tersebut kepada orang ramai. Biar semua orang boleh buat sendiri sistem elektrik mereka di rumah. Biar kita guna elektrik percuma. Tak payah bergantung pada TNB. Masih dalam perkiraan dia barangkali. Ya, kita selalu sahaja merungut soal elektrik yang mahal itu bukan?

Cipta produk sendiri, tak kisah untuk jual atau kegunaan sendiri ni sebenarnya ramai yang dah aplikasi. Jadi serba sedikit mereka sudah tidak terlalu bergantung pada kerajaan. Lama-lama kerajaan pula perlukan masyarakat jika kita sebulat suara dalam hal ini.

Namun, ada cabarannya. Bersedia dan mahukah kita itu menjadi persoalaannya.

Mohd Azmeer Faiq

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Pengguna Uber Mesti Insaf Baca Kisah Pemandu Teksi Ini

Travel Semurah RM200? Jangan Kau Nak Jadi Pembongak!