in

Beginilah Cara Memasak Nasi Lemak Tanpa Minyak Masak

Pagi ni Kak Iza nak kongsi cara masak nasi lemak yang dah bertahun-tahun Kak Iza buat dan jual. Kak Iza tak letak halia tau. Dan yang penting masak nasi lemak tak guna minyak.😅😅

Bahan-bahan.
1. Beras 1kg (Dapat 8-10 orang makan)
2. Santan 1/2kg
3. Daun pandan 3 helai
4. Garam 1 sudu besar

Dah siap masak nanti bolehlah dimakan dengan segala macam lauk, tapi mesti wajib ada telur rebus, ikan bilis dan kacang goreng serta timun.

 

14918880_1386146528063490_7931446138190019511_o

Beras dibasuh bersih, kemudian campak saja daun pandan dan satu sudu garam, 1kg beras, satu sudu garam, kalau 2 kg beras, dua sudulah dan seterusnya.

14902864_1386146578063485_2155357472720919735_o

Inilah mangkuk yang wajib Kak Iza kena ada,masukkan 1/2kg santan.Tapi kalau nak lemak sangat,boleh saja kalau nak letak sekilo santan, tapi kalau lepas makan mengantuk, jangan salahkan Kak Iza pula.
14938219_1386146621396814_6143981123239302558_n
Penuhkan mangkuk ni,campurkan santan yang 1/2 kg tadi bersama air. 1kg beras,1 bekas santan yang dah dicampur air.
14915306_1386146638063479_4547406764004763698_n

Kemudian masukkan ke dalam beras tadi. Macam ni.

14907197_1386146678063475_6197715556848138840_n

Tutup dan biarkan 20 minit.

14922233_1386146701396806_4238287021305148836_n
Lepas 20 minit, nasi akan jadi macam ni. Ambil senduk dan gaulkan, jangan kejap buka, kejap gaul, hancur nasi tu nanti. Dah gaul tutup semula periuk tu.
14639751_1386146731396803_1747143475503537935_n

Lepas 20 minit, taraaa! Nasi lemak dah masak, nasi lemak lembut dan wangi sedia dimakan.

Sukatan diatas hanya sesuai untuk 1kg dan 2kg beras sahaja, kalau dah masuk 3kg hingga 10kg, sukatan dan teknik dah jadi lain ya. Harap maklum.

Sesiapa yang nak belajar nasi lemak nak buat niaga bolehlah pm Kak Iza.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kumpulan Rock Yang Patut Kau Kenal Sebelum Menonton Filem Rock Bro

Kemenangan Kedah Hadiah Buat Yang di-Pertuan Agong?