in ,

Baju Lokal Brand Mahal, Baik Beli Uniqlo Waklu!

2017, masih ramai mentaliti, “Baju local brand mahal, baik beli H&M, Uniqlo.”

Kualiti keutamaan kitorang. Kitorang production everything kat Bandung atas beberapa faktor. Bukan tak nak buat kat sini, kalau buat sini pun karang korang kata kualiti Malaysia tak international (padahal banyak je tempat printing kat Malaysia yang power, plus brand yang korang angkat tu pun ada je buat kilang kat Kepong/Balakong). Belajar pasal mass production, korang mesti segan nak compare brand ikan bilis, hidup segan mati tak mau macam kitorang ni dengan brand pujaan korang tu.

Terbang jual sehelai t-shirt RM55-RM60. Okay transparent jela. Modal sehelai baju siap print cecah RM25 pada hari ini. Currency buat kita semua makin tenat. Satu transaction IDR1,000,000 dah lari hampir RM40 compare to previous years. Bayangkan kalau sekali transfer IDR40,000,000. Lebur RM1,600 begitu saja hanya sebab matawang kita jatuh saban hari, dan kalau jumlah tu dibayar untuk process upgrading kualiti tak apa lagi. Itu belum termasuk kos wajib bayar macam shipping, cukai Kastam, declaration document, sewa warehouse, transportation from port. Sehalus-halus nilai tu semua dikira dan yang dikira tu semua duit, bang.

Katalah, modal kasar sehelai t-shirt RM30 siap sampai sini, jangan lupa kitorang still nak kena cover bermacam cost; nak buat packaging (free stickers, paper bag), nak bayar photographer dan model sebab nak jaga branding kenalah buat lookbook yang cantik, juga demi puaskan pancaindera kalian.

Nak join event belanja pun bukan ciput. Untung dua hari tu mana nak cekau cari duit nak balik modal, pastu kena fikir pulak nak bayar expenses macam sewa booth, gaji crew, print banner, duit minyak pergi event dan sebagainya. Kalau nak list semua karang takut jadi novel. Pulak tu, bayangkan local brand yang ada kedai, nak bayar sewa bulan-bulan lagi. Pedih.

Point paling penting, kitorang berani cakap, sarung t-shirt Terbang sehelai dan t-shirt brand luar kegemaran korang yang korang beli kat mall tu (malas nak petik, karang korang kecewa). Lenjan sama rata, basuh sama cara, tengok mana lagi menang durability. Kitorang buat barang kitorang limited, penuh perhatian dan kasih sayang. Kitorang kalah daripada segi product line, diorang ada everything from head to toe. Korang bebas pilih nak beli apa, dengan harga yang mana. Diorang ada bajet yang besar untuk marketing, ada team yang kuat, ada R&D yang power.

Kitorang buat branding, (buat branding bukan ambil masa sehari dua, setakat brand baru 3-4 tahun macam Terbang pun tu belum dikira established) bukan cetak baju harga bawah RM10, jual je murah-murah kat expo, tak payah fikir kualiti, tahun depan boleh kaya. Kalau nak fikir kaya, baik jual kasut fake, tak pun dropship product kecantikan, tak payah pening-pening.

Juga kitorang yang brand picisan ni tiap-tiap bulan tetap ada endorsement, tetap ada sponsorship. Kalau cerita bab cost sponsorship ni, karang korang kata tu kerja gila, tak make sense pulak. So itu bab lain.

Tak nak support tak apa, tapi janganlah carut membabi buta.

 

Shahril Affenddy

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Total votes: 15

Upvotes: 12

Upvotes percentage: 80.000000%

Downvotes: 3

Downvotes percentage: 20.000000%

2 Comments

Leave a Reply
  1. Setuju sangat. Terima kasih Apemazing sebab kongsikan teks ni. Boleh dah tepek link ni kat sesiapapun yang complain brand lokal mahal.

Leave a Reply

Kereta Dulu Atau Rumah Dulu?

Tart Paling Sedap Di Dunia