in

Bagaimana Hadiah Boleh Bertukar Kepada Doa Yang Makbul

Apabila aku pergi luar negara, memang tak ada dalam hati aku nak belikan apa-apa untuk keluarga dan kawan-kawan aku. Tak kuasa.

Memberatkan beg satu hal, satu lagi bab paling agong ialah nak kena fikir nak beli apa untuk mereka. Bayanglah kalau kira keluarga dan kawan baik, ada 10-15 orang. Tak ke pening?

Lagi haru, aku kena fikir bab space dalam beg. Cumanya bab Fridge Magnet, aku beli banyak. Itu kawan yang aku tak berapa kenal pun aku kasi. Orang putih kata nothing special. Biasa sangat beri, orang pun letak dekat peti ais dan biar sampai peti ais itu rosak agaknya.

Aku, kalau boleh bab nak memberi, aku nak beri yang terbaik. Bukanlah nak kata Fridge magnet itu tak baik, cumanya kalau kau dah tahu nak beli untuk 10-15 orang ini, kau kena beli betul-betul.

Masa aku di Frankfurt, memang aku dah niat awal-awal tak mahu beli apa-apa untuk kawan dan saudara di Malaysia. Tak kuasa kali ini.

Tiba-tiba masa aku sedang cari hadiah hari lahir bapa aku di sini, aku terfikir satu perkara, entah-entah sebab aku kasi hadiah ke orang-orang yang rapat dengan aku ini, doa mereka penyebab aku rajin dapat rezeki ke luar negara selalu.

Yelah, tahun ini sahaja sudah 4 kali. Bulan 4 ke London, kemudian ke Melbourne, kemudian ke Jakarta, ini ke Frankfurt.

Betullah. Apabila kita kasi hadiah kat orang, orang akan sebut,

“Murah rezeki kau Mut, untung kau terbang lagi ingat dekat aku.”

Kau bayanglah yang sebut itu adalah emak ayah kau. Kau bayang sekarang. Lagilah banyak keberkatannya. Ini kau beli fridge magnet. Letaklah penuh di peti ais mak kau. Sampai mak kau pun pening apa mendalah melekat banyak-banyak di pintu peti ais itu.

Kadang-kadang, yang minta dekat kau hadiah itu, memang betul dia nak. Orang ini kau tak perlu pandang sebelah mata.

Mungkin kaki dia tak selebar kau melangkah. Mungkin dia juga tidak sekuat dan sehebat kau boleh travel banyak-banyak kali.

Cuma, kau kena tahu. Orang-orang inilah yang kerap berharap pada Tuhan untuk jadi seperti kau.

Dan setiap doa dia kepada Tuhan, adalah doa yang sungguh-sungguh. Kau letaklah hadiah di meja dia. Untung-untung, kau juga termasuk dalam doa dia.

Apalah sangat dengan sedikit cenderamata dari luar negara, dari hubungan kawan dan keluarga yang kau tak boleh nak beli dari mana-mana.

Dok gitu?

14753712_1464520296896680_6773465430390826277_o

Mutalib Uthman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bagaimana Nak Buat Nuget Ayam Yang Lembut Macam Di Kedai (Tanpa MSG Semestinya!)

Beza Kebab Malaysia Dan Kebab Jordan