in ,

Aung San Syu Ki, Kau Memang Tak Suci!

1. Myanmar sedang melakukan ‘ethnic cleansing’ dengan membunuh orang-orang Muslim Rohingya. Sebelum ini dunia pernah gempar dengan isu ‘ethnic cleansing’ di Bosnia.

2. Sejarah menunjukkan ketika penubuhan awal negara Myanmar/Burma, kaum-kaum di situ bersetuju menandatangani Perjanjian Panglong. Namun, 2 kaum tidak menyertai perjanjian tersebut iaitu Karen dan Rohingya. Walaubagaimanapun, Karen diterima sebagai rakyat Burma tapi Rohingya tidak.

3. Kaum Rohingya disisih dan didiskriminasikan kerana mereka dianggap pendatang dari Bangladesh. Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal oleh tentera Junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar menyebabkan mereka tidak mendapat kewarganegaraan dan dilucutkan daripada hirarki sosio-ekonomi dan politik Myanmar.

4. Bukan setakat didiskriminasikan malahan tentera Junta memainkan sentimen bahawa Muslim Rohingya terlibat dengan aktiviti keganasan.

5. Kerajaan Tentera Junta juga membiarkan militan Rakhine membunuh kaum Muslim Rohingya.

6. Dunia dok kata asal bom ja Islam, asal keganasan ja Islam, asal Islam ja terrorist, namun, apakah tindakan membunuh Muslim Rohingya itu tidak boleh kita kategorikan sebagai ‘terrorist’? Dan adakah membunuh orang awam, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa itu ‘genocide halal’ bagi puak Rakhine?

7. Kenapa perkara ini berlaku sedangkan Myanmar ada tokoh besar keamanan bernama Aung San Suu Kyi.

8. Kita memang marah kat Aung San Suu Kyi kerana dia tak boleh nak back up Muslim Rohingya di Myanmar sedangkan dia dapat anugerah Sakharov Prize dan Hadiah Nobel Keamanan kerana memperjuangkan keamanan.

9. Dan kita memang patut marah kat Suu Kyi kerana sejak tahun 2014-2015, sebanyak 88 ribu pelarian Rohingya bergadai nyawa menyeberang laut untuk mencari perlindungan nyawa. Malahan, hampir 200 ribu pelarian Rohingya cuba mendapatkan perlindungan di Bangladesh walaupun terbukti Bangladesh lebih miskin daripada Myanmar. Malahan isu pelarian ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 1978 lagi dimana Tentera Junta Myanmar telah menghalau etnik Rohingya dari Myanmar dalam operasi yang dikenali sebagai Operasi Naga Min.

10. Punyalah perit orang Rohingya ni sampai depa dok berhimpit 400 orang selama 3 bulan atas kapal kecil sampai ada di kalangan dorang yang mati dan minum air kencing sendiri untuk teruskan hidup.

11. Yang lebih malang lagi apabila sebahagian daripada mereka dibunuh dengan kejam angkara sindiket pemerdagangan manusia. Ya, kita pernah dengarkan isu 139 kubur di Wang Kelian.

12. Tang mana keamanan yang dibawa oleh Suu Kyi? Adakah sekadar retorik atau hanya sekadar untuk meneruskan kelangsungan politikal dia sahaja?

13. So, sekarang ni Myanmar menjadi venue bersama Piala AFF. Kita nak boikot pun tak padan kerana Myanmar hanya sekadar penyedia venue.

14. Dalam bola sepak di seluruh dunia popular dengan slogan ‘kick racism’ atau ‘stop racism’ tapi dalam masa yang sama, orang Rohingya sedang didiskriminasikan dan dinafikan hak mereka.

15. So, berani tak kita buat sesuatu macam penyokong Celtic FC yang kibar bendera Palestin time kelab itu menentang kelab Israel, Hapoel Be’er Sheeva. Sekurang-kurangnya buat la patch ‘Save Rohingya’ time lawan Myanmar. Nampak sikit team kita ada ‘sense of humanity’, ye tak?

16. Atau korang ada pandangan yang lain? Kongsi sikit, boleh?

Muhammad Yusof

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

2 Comments

Leave a Reply
  1. boikot aff salah satu cara kita membuktikan penentangan pembersihan etnik Rohingya … sukan olimpik Moscow yg lagi besar tu pun boleh boikot ni aff apa sangat..

Leave a Reply

Sejarah Jurulatih Harimau Malaysia Di Kejohanan AFF Yang Perlu Kau Tahu

Resepi Kek Pisang Ini Edisi Wajib Cuba!