in

Anak Muda dan Cita-Cita

14355763_1426119447416073_7267743281994270000_n

Hamka pulang dari Mekah pada 1928, memimpin sendiri Tabligh School di Muhammadiyah di Guguk Malintang, Padang Panjang.

1931, Buya terpaksa meninggalkan Padang Pandang kerana terpaksa menjadi Pengurus Besar Muhammadiyah Makassar.

1934 Buya pulang ke Padang Panjang, dan menyusun semula Tabligh School menjadi Kulliyatul Mubalighin.

1936 Buya terpaksa ke Medan, memelopori Jurnalistik Islam. 1946 kembali semula ke Padang Panjang, Buya Hamka mengarang buku Dari Lembah Cita-cita untuk memenuhi permintaan para pemuda yang asyik bertanya tentang falsafah kemerdekaan.

Dari Padang Panjang, ke Makassar, ke Padang Panjang semula, ke Medan dan pulang semula ke Padang Panjang. Dari Muhammadiyah ke Tabligh School ke Kulliyatul Mubalighin ke Jurnalistik Islam malah mengarang sehingga 79 karya seumur hidupnya.

Jadi bila ada mahasiswa, atau anak muda kita kata dia tak tahu nak buat apa dengan hidup dia, atau bosan duduk di rumah, atau tak pasti apa nak dilakukan dengan masa depan atau tak mahu peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya – aku betul-betul rasa pelik.

Lihat sekeliling dan lihat manusia-manusia yang berjaya, berapa kerja mereka buat, berapa projek mereka terlibat, berapa naskhah buku mereka karang dan berapa banyak pembangunan mereka berjaya laksanakan.

Krisis anak muda yang tak tahu nak buat apa dengan hidup mereka ni betul-betul menakutkan. Apakah pendidikan yang mereka terima selama ini hingga akhirnya mereka harus masuk ke dalam masyarakat – tetapi tak tahu posisi apa yang perlu mereka mainkan.

Manusia hidup dengan harapan. Anak muda harus hidup dengan cita-cita. Bukan hidup menghabiskan beras menghabiskan wang ibu bapa beli spender – lepas tu jadi bangang dan menyusahkan orang.

ZF Zamir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kisah Plastik Naik ke Langit

Kenapa Kerja Makan Gaji Tak Selamat?