in

Ala, tengok cetak rompak pun, tokey filem ni bukan miskin

train-to-busan-official-poster

Train To Busan ni bagi aku, antara filem Asia terbaik. Filem macam ni hampir sempurna. Dah tak payah tengok filem dari US lagi dah. Kat Korea dah ada dah.

Emosi yang kuat, plot yang kemas, ada plot twist dan mesej yang jelas, semuanya menjadikan filem ini cukup membuatkan ia berbekas dalam jiwa kita apabila keluar daripada wayang.

Orang Asia perlu keluarkan banyak lagi filem berkualiti macam cerita Train To Busan ini.

Tapi itu lah.

Kalau dah filem ni masih ditayangkan kat wayang tapi orang kita pulak terhegeh-hegeh tengok benda ni melalui video cetak rompak yang di upload di Facebook, alamatnya produser filem pun malas dah nak keluarkan filem berkualiti macam ni.

Filem ni masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Kau masih boleh tengok benda ni kat wayang bila-bila masa kau nak. Satu-satunya tempat kau nak tengok filem ni adalah di wayang.

Apabila kau tengok filem ni di wayang, maka pendapatan filem ni meningkat. Lalu, pendapatan meningkat itu akan menjadi banyak  dan ia menambahkan semangat karyawan nak buat filem lain yang lebih berkualiti.

Tapi, kau pulak, dah dapat video cetak rompak, kau pun excited nak tengok video tu dengan perasaan gembira. Lagi teruk, kau tengok dengan family. Paling celaka, kau sebarkan pulak video tu bagi orang-orang lain tengok.

Kalau dah orang ramai tengok video ni secara cetak rompak, kau tahu tak kesan dia? Tahu tak? Ya, kesan dia orang dah tak tengok wayang dah cerita ni.

Apabila orang tak tengok wayang, penjualan tiket kurang, pendapatan pun kuranglah.

Akhirnya produser Train to Busan ni pun dah malas dah nak buat filem best macam ni. Produser lain tengok ancaman cetak rompak macam ni pun takut nak buat filem sedap sebab takut kena cilok.

Lastnya orang filem pun terpaksa buat filem yang berkualiti rendah sebab nak kurangkan risiko kerugian.

Inilah yang berlaku kat negara kita. Ramai produser takut nak buat filem berkualiti. Sebab bila buat je, tak balik modal. Penyebab dia, belum pun filem ni selesai tayang kat wayang, dah ada lanun-lanun curi filem ni lepas tu pi tayang kat orang awam.

Kita dok bising kata, kenapa filem kita tak bestlah, kenapa filem nak filem rempit je lah, kenapa filem nak gengster je lah, kenapa filem asyik sayangku kapten lah apa lah.

Tapi apabila datang filem-filem yang berkualiti kat negara ni, kita buat endah tak endah je. Tengok wayang tak mahu. Dah ada cetak rompak, baru excited nak tengok.

Kau tengok video cetak rompak ni sebab kau tak tahu apa kesan dia. Ni aku dah beritahu kesan dia secara kasar.

“Bhai, kau boleh lah. Kau kaya, boleh tengok wayang. Kami ni, orang susah. Tiket wayang mahal bagi kami.”

Kalau macam tu, JANGAN TENGOK DAN SEBARKAN APA-APA. Kalau tak mampu, jangan tengok apa-apa filem cetak rompak selagi filem tu belum tamat tayangannya di wayang. Malah, kalau tak mampu pun, jangan sebarkan video cetak rompak tu.

Macam aku cakap tadi, apabila video ni dah disebarkan waktu filem masih ditayangkan di wayang, ia akan mengurangkan jumlah orang yang menontonnya di wayang. Lastnya, produser yang susah.

Kau pulak, yang kata kau tak mampu lah apa lah, senang-senang je mencuri pendapatan diorang.

Kalau tak mampu, tapi nak tengok jugak, tunggu je lah sampai filem ni habis kat wayang. At least bertanggungjawab lah sikit bagi filem ramai orang tengok di wayang berbanding di video cetak rompak tu. Tunggu sebulan je. Lepas habis tayangan kat pawagam, ha, kau tengoklah cetak rompak tu puas-puas.

“Ala, tengok cetak rompak pun, tokey filem ni bukan miskin.”

Meh aku doakan agar perompak masuk rumah kau, kebas harta-harta kau sikit demi sedikit setiap bulan.

Alaa.. Rugi sikit je kan? Bukannya kau terus jadi miskin pun kalau perompak curi sikit demi sedikit.

Aduh.

Akhir kata, pemikiran mengagungkan cetak rompak ni la buat industri kita tak maju-maju sampai mati.

Penulis: Mufarwa Farid

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini ‘Surat’ PM Kanada untuk umat Islam sempena Aidiladha

Kaum Kidal, Bersatulah!