in ,

Adakah Peneroka Akan Rugi Dengan Membeli Saham FGV?

Kita sering mendengar kata orang yang membeli saham FGV itu adalah orang yang rugi. Betul ke?

Felda dan FGV itu selalu dilihat seperti satu entiti yang sama. Sedangkan secara faktanya berbeza.

FGV pada asalnya adalah sebahagian daripada Felda yang kemudian diswastakan dan disenaraikan di Bursa Saham. Namun Felda masih merupakan pemegang saham terbesar FGV, dengan memegang sebanyak 33.67% daripada saham Felda.

Selain daripada pegangan saham, Felda juga memajak 343,484.46 hektar tanah kepada FGV. FGV membayar sebanyak RM250 juta setahun kepada Felda + 15% keuntungan operasi daripada tanah tersebut. Tempoh pajakan itu adalah untuk 99 tahun.

Semasa FGV mula-mula ingin disenaraikan dahulu, seperti mana-mana syarikat lain yang disenaraikan di dalam pasaran saham buat pertama kali, pemilik asal kepada syarikat tersebut akan mendapat ‘cash’ daripada pensenaraian tersebut.

Dan untuk Felda, memandangkan pemegang saham utama mereka adalah peneroka. Maka Felda membuat keputusan untuk memberi RM15,000 kepada setiap peneroka. Yang mana seramai lebih 110,000 orang.

Kenapa mereka tidak memberi saham secara percuma? Sebab effectively mereka bukanlah pemilik Felda. Mereka lebih kepada ibarat seperti ‘pekerja’ untuk Felda. Jadi sudah menjadi kebiasan pekerja diberi dua hak. Pertama cash bonus. Kedua hak untuk membeli saham syarikat yang bakal disenaraikan.

Itulah yang dilakukan oleh Felda. Peneroka dibenarkan membeli saham Felda dengan cara hutang ansuran selama 6 tahun. Cara kiraannya seperti berikut :

800 unit x RM4.55 = RM3,640

Ansuran 6 tahun = RM50 sebulan (interest free)

Memang sekarang ini saham FGV sudah jatuh. Harga asal semasa IPO dan harga peneroka beli adalah pada RM4.55 seunit. Sejak daripada itu harganya terus jatuh terus menerus sehingga tinggal RM1.71 seunit yang terkini.

Peneroka akan mengalami kerugian jika menjualnya disebabkan harga yang jatuh. Tetapi memang saham itu sepatutnya bukan untuk dijual, tetapi untuk dinikmati dividennya.

Seperti kalau orang bagi kita pancing. Pancing itu untuk ditangkap ikan. Bukanlah untuk dijual.

Sejak 2012, nilai dividen yang sudah diberi sebanyak RM0.44 seunit. Jikalau peneroka mempunyai 800 unit, maka mereka sudah mendapat dividen sebanyak RM352.

Sememangnya nampak sedikit. Tetapi peneroka ada manfaat lain contohnya mereka ada dividen khas dan dalam tempoh 5 tahun ini, secara terkumpul peneroka sudah mendapat RM2,805 seorang.

Setelah penyenaraian FGV. Peneroka akan mendapat :

RM15,000 tunai + RM2,805 dividen + Pinjaman tanpa faedah pembelian 800 unit saham FGV (pilihan dan bukan paksaan. Pinjaman dalam tempoh 6 tahun dengan bayaran RM50 sebulan)

Jumlah keuntungan: RM15,000 + RM2,805 + RM352 = RM18,157

Kerugian saham atas kertas (kepada yang beli) : RM2,272

Keuntungan bersih : RM15,885

Kepada yang tidak membeli saham : RM17,805

Jadi tidak kiralah mereka membeli saham atau tidak (pilihan, bukan paksaan) atau mereka hanya menikmati segala manfaat-manfaat yang diberikan peneroka.

Peneroka tidaklah kerugian disebabkan FGV.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Macam Tak Percaya Tengok Rupa D’Mart Sekarang

Ini Hal-Hal Penting Tentang Pilihan Raya Yang Kau Perlu Tahu