in ,

13 Fakta Yang Tidak Diketahui Tentang Masjid Nabawi Yang Agung

Kebanyakan dari kita mungkin sudah mengenali Masjid Nabawi yang terletak di Madinah, Arab Saudi. Dan sudah banyak yang ke mari untuk tunaikan ibadat umrah dan ziarah. Juga terkenal dengan jolokan nama Masjid Nabi. Tak apalah, kerana maksudnya tetap sama.

Bagi yang belum tahu, Masjid Nabawi merupakan masjid suci kedua bagi orang Islam selepas Masjidilharam di Mekah. Kemudian diikuti dengan Masjid al-Aqsa di Palestin.

Itu hari aku ada kongsikan beberapa fakta berkaitan masjid ini yang lebih kepada pengurusan. Ingat lagi tak? Kali ini aku bawakan tiga belas perkara yang bersangkutan sejarah yang kalian memang tak pernah tahu. Anda rasa berdebar nak tahu? Hihi

Apakah ia? Jom ikut sini!

1. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia.

2. Tempat pertama di Semenanjung Tanah Arab yang dibekalkan dengan sambungan elektrik. Kira-kira pada tahun 1909 masihi.

3. Saiz Masjid Nabawi yang sekarang adalah lebih 100 kali ganda besarnya melebihi saiz bandar Madinah pada suatu ketika dahulu. Pada zaman Nabi, Perkuburan Baqi’ berada di pinggir bandar Madinah. Namun kini ia berada dekat saja, betul-betul di sebelah Masjid Nabawi.

Oh ya, bandar Madinah pada zaman dahulunya hanya seluas Masjid Nabawi pada zaman kini iaitu 400,500 meter persegi . Tahun demi tahun berlalu, kawasan Madinah meluas sehingga 151,990 kilometer persegi.

4. Masjid Nabawi pernah dua kali musnah dijilat api pada suatu ketika dahulu, berabad lamanya selepas kawafatan Nabi SAW. Pertamanya akibat terkena api pelita pada tahun 654 hijrah. Yang kedua pada tahun 887 hijrah disebabkan panahan petir pada tiang masjid.

5. Memiliki 3 buah mihrab (tempat imam sembahyang). Mihrab pertama adalah tempat yang digunakan oleh Nabi SAW pada zamannya. Kedua adalah mihrab yang dibina atas arahan Sultan Sulaiman semasa pemerintahan Usmaniyyah. Dan yang terakhir adalah mihrab yang digunakan oleh Saidina Usman bin Affan.

Tahun kebelakangan ini, para imam di Masjid Nabawi menggunakan Mihrab Usman untuk mengetuai solat. Namun bermula 2018, imam sudah beralih ke Mihrab Nabi SAW iaitu di dalam kawasan Raudah.

6. Adanya sebuah kawasan yang disebut oleh Nabi SAW sebagai taman syurga. Luasnya sekitar 22 meter darab 15 meter persegi. Inilah tapak asal Masjid Nabawi yang dibina oleh Nabi SAW. Para jemaah senang mengenal pasti kawasan ini dengan melihat ke arah karpetnya yang berwarna hijau.

7. Nyatanya apa yang kita intai semasa melintasi kawasan Makam Nabi SAW itu bukanlah kubur. Ia hanyalah dinding. Terdapat tiga lapisan dinding dari tempat kita ‘mengintai’ untuk betul-betul sampai ke kubur yang sebetulnya.

8. Terdapat tiga jasad yang mulia di dalam makam berkenaan, iaitu jasad Nabi Muhammad SAW, jasad Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan jasad Saidina Umar bin al-Khattab yang merupakan sahabat baginda SAW.

9. Makam tersebut merupakan rumah isteri baginda SAW pada awalnya, iaitu Saidatina Aisyah. Baginda SAW menghembuskan nafas yang terakhir di rumah berkenaan lalu dikebumikan di sana.

10. Demi mengekalkan sejarah lama, Masjid Nabawi telah meletakkan banyak tanda yang mana setiap daripadanya itu memberikan maksud yang menarik. Terutamanya di kawasan Raudah dan sekitarnya, kerana di situlah tapak asal dibinanya Masjid Nabawi.

Contohnya seperti tiang-tiang, kubah dan sejauh mana had asal Masjid Nabawi. Semuanya itu bertanda dan kita boleh carinya sendiri. Ini sekaligus menolak dakwaan kerajaan sekarang menghapuskan segala sejarah yang ada.

11. Pembinaan payung gergasi di persekitaran Masjid Nabawi melibatkan beberapa buah syarikat dari 4 buah negara besar iaitu Arab Saudi, Jerman, Switzerland dan Jepun.

12. Dulu tak ada kubah di atas Makam Nabi SAW, namun sekarang sudah ada dua. Ia pertama kali dibina menggunakan kayu pada tahun 1279 masihi setelah kira-kira 650 tahun kewafatan Baginda SAW. Kubah berwarna hijau yang kita lihat kini adalah sebuah kubah yang berada di luar. Dan sebenarnya ada sebuah kubah lagi yang bersaiz kecil di bawahnya.

13. Pernah dengar kisah satu mayat yang diabadikan di atas Kubah Hijau sana? Ceritanya seorang lelaki yang ingin memusnahkan kubah tersebut. Kemudian telah disambar petir lalu meninggal di atas kubah berkenaan. Orang ramai tak dapat nak bawa turun mayat itu lalu ditanam terus di atas sana bagi memberi peringatan buat orang ramai.

Sebenarnya ini sebuah kisah dongeng. Sebetulnya, ia adalah sebuah tingkap yang terus menghala ke kubur Nabi SAW. Kini ia ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan air dan apa-apa masuk ke dalam kubah.

Setakat itu sajalah dahulu. Terima kasih banyak sudi baca dari awal sampai ke sini. Aku memang hargainya sangat. Tak adalah panjang sangat kan? Hihi. Kalian memang terbaiklah. Oleh itu, aku kasi satu lagi fakta power sebagai bonus, buat kalian yang sangat sporting. Kahkah.

Bonus: Kau tahu tak yang Kubah Hijau itu sebenarnya bukan berwarna hijau? Kubah yang pertama dibina adalah dari objek kayu dan ia tidak berwarna. Kemudian warna yang pertama melekat di kubah berkenaan adalah putih. Setelah beberapa ketika, warna kubah tersebut ditukar kepada biru keungu-unguan. Pada tahun 1837 masihi, barulah diubah warnanya kepada hijau. Kekal sehingga ke hari ini. Fuh!

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Sumber: MuslimMatters. Islam Hashtag. Destination KSA.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Rangkaian 4G Malaysia Antara Yang Paling ‘Siput’ Di Dunia!

Dulunya Tukang Urut, Hari Ini Penyanyi Terkenal