in ,

10 Manusia Terkaya Di Dunia 2016

Semakin hari semakin ramai yang telah mula menceburi bidang perniagaan, tidak kira di dalam industri apa pun demi mengejar impian mengecapi kekayaan yang melimpah ruah. Pelbagai idea, keringat dan pengorbanan dilakukan demi mencapai cita-cita masing-masing.

Sebagai sumber inspirasi kita, aku kongsikan 10 nama individu yang paling kaya di dunia pada tahun 2016 berdasarkan sumber dari Forbes.

Jadikan mereka ini contoh dan cabaran kepada diri kita untuk mencapai impian.

1. Bill Gates (United States)
Beliau mengekalkan kedudukannya di tempat pertama manusia paling kaya di dunia sejak 2014. Insan yang berumur 61 tahun ini dikenali dalam bidang komputer ini dengan perisian ‘Microsoft’, telah mula memasuki senarai manusia paling kaya Forbes sejak tahun 1987 lagi.

Kini assetnya telah mencecah USD$75B. Dan dijangka akan terus meningkat lagi kerana ramai yang menggunakan komputer dan perisiannya.

 

 

2. Amancio Ortega (Spain)
Jika anda pernah membeli pakaian di ZARA, inilah insan yang memiliki entiti perniagaan tersebut. Amancio Ortega yang berumur 80 tahun ini telah mula memasuki bidang fesyen dengan membangunkan Inditex Fashion Group, yang lebih dikenali dengan rangkaian jenamanya ‘Zara’.

Beliau yang pada tahun lalu menduduki tempat keempat terkaya kini telah melonjak 2 tangga dengan kekayaan sebanyak USD$67B.

 

 

3. Warren Buffett (United States)
Mereka yang terlibat dengan perniagaan dan dunia pelaburan khususnya pasti kenal akan nama individu ini. Warren Buffet yang bermula hanya sebagai pegawai pemasaran pelaburan di Buffett-Falk & Co pada tahun 1951 dan kini telah menjadi Pengerusi dan CEO salah sebuah syarikat pelaburan terhebat di dunia, Berkshire Hathaway Inc.

Mengekalkan kedudukan di tempat ketiga terkaya dengan asset terkumpul USD$60.8B, beliau terus menjadi nama besar dan gah di dunia pelaburan. Antara gelarannya, “Wizard of Omaha” kerana kehebatannya mengenal pasti pelaburan yang menguntungkan.

 

 

4. Carlos Slim Helu (Mexico)
Beliau yang kini berumur 76 tahun, pernah menjadi manusia paling kaya dari tahun 2010 hingga 2013 dan merupakan yang kedua pada tahun lalu. Carlos Slim Helu terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan, hiburan, sukan, telekomunikasi dan banyak lagi.

Bermula sebagai broker saham pada tahun 1961, kini beliau telah memiliki asset sebanyak USD$50B.

 

 

5. Jeff Bezos (United States)
Jeff Bezos yang berumur 53 tahun ini merupakan pengasas dan CEO Amazon.com. Beliau hanya menduduki tempat ke 15 pada tahun lalu. Tetapi kini dengan asset bernilai USD$45.2B telah melonjakkan beliau 10 anak tangga.

Amazon.com yang bermula dengan hanya menjual buku-buku pada tahun 1994 telah meluaskan rangkaiannya dengan menjual pelbagai jenis produk dan servis lalu menjadikannya pusat jualan runcit online terbesar dunia.

Selain Amazon.com, Jeff juga terlibat dengan bidang aero angkasa dengan syarikat Blue Origin pada tahun 2000 dan membeli syarikat akhbar ‘The Washington Post’ pada tahun 2013.

 

 

6. Mark Zuckerberg (United States)
Beliau merupakan antara individu terkaya yang paling dikenali ramai dengan produk ‘facebook’nya. Merupakan individu ke 16 terkaya pada tahun 2015 juga melonjak 10 anak tangga dengan assetnya dianggarkan bernilai USD$44.6B. Dengan hanya berumur 32 tahun, Mark adalah insan terkaya yang paling muda.

Bermula bersama rakan kolejnya di Universiti Harvad, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, beliau telah memulakan ‘facebook’ di dalam bilik asrama. Dan kini, facebook telah mempunyai pusat operasi yang lebih popular dikenali sebagai Silicon Valley.

 

 

7. Larry Ellison (United States)
Larry Ellision yang berumur 72 tahun merupakan pengasas bersama dan CEO Oracle Corporation. Oracle adalah pembuat perisian komputer kedua terbesar selepas Microsoft. Dengan asset berjumlah USD$43.6B, beliau menduduki tempat ketujuh dalam senarai terkaya, jatuh 2 anak tangga berbanding tahun lalu.

Larry mempunyai minat yang menarik selain daripada perniagaan. Beliau cemerlang di dalam bidang kapal layar bersama pasukannya ‘Oracle Team USA’ dan juga mempunyai lesen memandu kapal terbang serta memiliki 2 buah jet peribadi.

 

 

8. Michael Bloomberg (United States)
Michael Bloomberg merupakan pengasas dan CEO Bloomberg L.P, iaitu syarikat yang terkenal dengan perkhidmatan analisis dan perisian kewangan. Beliau yang kini berumur 74 tahun, berada di kedudukan ke 14 pada tahun lalu dan melonjak ke tangga 8 pada 2016 dengan jumlah asset USD$40B.

Beliau aktif di dalam bidang politik dan pernah menjadi Datuk Bandar New York selama 3 penggal dari tahun 2001 hingga 2003.

 

 

#9. Charles Koch (United States)
Charles merupakan pemilik bersama dan CEO Koch Industries yang terlibat di dalam bidang perkilangan, penggalian, penapisan dan pengedaran minyak serta perlaburan.

Koch Industries memiliki beberapa anak syarikat yang berdaya saing tinggi seperti Invista, Georgia-Pacific, Molex, Flint Hills Resources, Koch Pipeline, Koch Fertilizer, Koch Minerals dan Matador Cattle Company.

Beliau yang kini berumur 81 tahun memiliki kekayaan sebanyak USD$39.6B merupakan orang keenam yang terkaya pada tahun lalu.

#9. David Koch (United States)
David merupakan adik kepada Charles Koch. Beliau juga merupakan pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries dengan memegang 42% saham syarikat tersebut bersamaan dengan jumlah saham abangnya.

Beliau juga menduduki tempat keenam pada tahun lalu dan turun 3 tangga dengan kekayaan berjumlah USD$39.6B.

 

Shairy Hanapiah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Tempat Terbaik Untuk Bisnes Pada Tahun 2016

Di Sini Bermulanya Indienomics